5bulan ago
SEREMBAN, 18 Ogos (Bernama) -- Negeri Sembilan bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang memiliki hab halal moden berteknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi pembinaan Fasiliti Penyimpanan Sejuk Beku Halal Bersepadu yang dikenali sebagai Regional Halal Distribution Centre (RHDC) di Bandar Enstek di sini.
5bulan ago
GEORGE TOWN, 18 Ogos (Bernama) -- UMediC Group Bhd (UMC) telah menggandakan kapasiti pengeluarannya susulan pengembangan operasinya di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang.
5bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) – Selepas mengharungi tekanan kewangan akibat pandemik COVID-19, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini merangka hala tuju pertumbuhan baharu yang berpaksikan pemanfaatan tanah, pelaburan strategik dan pengembangan tawaran komersial.
5bulan ago
KANGAR, 17 Ogos (Bernama) -- Agrobank terus komited memperkasakan golongan asnaf dan B40 melalui penyerahan geran iTEKAD berjumlah RM100,000 kepada 20 usahawan tani terpilih bagi melaksanakan projek penanaman nanas MD2 di Chuping dekat Padang Besar semalam.
5bulan ago
IPOH, 16 Ogos (Bernama) -- Projek Pembangunan Ipoh Sentral (Ipoh Sentral) yang berlandaskan Agenda Pengangkutan Hijau Bandar Pintar Perak 2030 dirancang untuk mengubah Ipoh menjadi hab pengangkutan yang moden, mampan dan keterhubungan baik.
5bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bangladesh menjemput pelabur Malaysia untuk mengembangkan kemudahan pengeluaran halal mereka di negara Asia Selatan dan bersama-sama menembusi pasaran halal global yang berkembang pesat.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) --Ekosistem kenderaan elektrik (EV) Malaysia mengorak selangkah lagi kehadapan hari ini dengan pengenalan sistem pembayaran tanpa sentuh yang dipermudahkan di stesen pengecas EV terpilih di seluruh negara.
5bulan ago
SHAH ALAM, 14 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 89 peratus pengguna internet di Malaysia menggunakan kecerdasan buatan (AI) setiap hari berbanding 75 peratus yang direkodkan pada 2024, menurut kajian oleh Telenor Asia.
5bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) - Malaysia boleh menjadi penghubung ekonomi lebih meluas antara ASEAN dan rantau Asia Selatan dan dengan kedudukan strategik sebagai hab perdagangan, pengeluaran dan pelaburan, Bangladesh mampu menawarkan peluang perniagaan yang besar.
5bulan ago
GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Kemudahan pejabat dan makmal kejuruteraan terbaharu Advanced Micro Devices Inc (AMD) yang tersenarai di Nasdaq (Bursa Saham Amerika Syarikat) di Bayan Lepas, Pulau Pinang, menggariskan komitmen syarikat itu untuk mengembangkan perkhidmatan perniagaan global dan operasi kejuruteraan di Malaysia.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu meningkatkan keupayaan penapisan emas tempatan untuk meminimumkan aliran keluar pertukaran asing apabila logam berharga itu dihantar ke kemudahan penapisan di luar negara.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Kerajaan berpandangan pungutan hasil di bawah cukai kepenggunaan melalui cukai jualan dan perkhidmatan (SST) wajar diteruskan kerana ia merupakan cukai sedia ada yang telah difahami oleh industri, peniaga dan rakyat.