18hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kalangan syarikat perlu mengurus risiko mata wang secara aktif melalui langkah lindung nilai dan strategi perniagaan yang sesuai, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari ini didorong oleh aktiviti pembelian yang berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan media.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Malaysia mempunyai potensi kukuh untuk muncul sebagai hab perdagangan emas fizikal global, disokong oleh persekitaran dasar mesra perniagaan, ekosistem industri bersepadu dan Prinsip Industri Emas Malaysia (MGIP) yang akan datang.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Harga emas dan perak dijangka terus meningkat dalam tempoh sederhana hingga jangka panjang walaupun berdepan situasi tidak menentu jangka pendek didorong oleh perkembangan makroekonomi dan geopolitik global, kata Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA) Datuk Seri Louis Ng.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo terharu apabila tersenarai dalam “2026 Tech Diplomacy Global 50”, dan menyifatkan pengiktirafan itu mencerminkan perjalanan transformasi digital ketika Malaysia bergerak ke arah negara kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030.
18hari ago
JOHOR BAHRU, 3 Feb (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi menjadi model pembangunan serantau yang boleh diterapkan bersama negara jiran lain sekiranya pelaksanaannya dapat merangkumi integrasi pergerakan barangan dan logistik.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah selepas penjualan pada minggu sebelumnya.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Selasa didorong data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh telah meningkatkan nilai mata wangnya tetapi lebih tinggi daripada mata wang utama lain.
19hari ago
Oleh Frank Julian Martin
SIBU, 2 Feb (Bernama) -- Pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini sememangnya dijangka memandangkan ekonomi Malaysia terus teguh, dipacu pembangunan infrastruktur, peningkatan ketibaan pelancong di samping harga komoditi serta elektrik dan elektronik (E&E) yang lebih baik.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Malaysia mencatatkan peningkatan Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan keseluruhan kepada paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan iaitu 50.2 pada Januari 2026 daripada 50.1 yang direkodkan pada Disember 2025.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap (cuplump) dan lateks diaktifkan di Sabah dan Sarawak untuk Januari 2026, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM).