Terdapat 3259 berita berdasarkan kata kunci carian " industri "

Pelaburan Domestik Kukuh, Sumbang Kepada Pertumbuhan Ekonomi Negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh bukan semata-mata didorong oleh pelaburan langsung asing (FDI) tetapi turut disumbang oleh pelaburan domestik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Meningkat Kepada RM3,000 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000-RM4,000, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Belanjawan 2025 Ambil Kira Cadangan Pelbagai Industri, Rakyat Akar Umbi

PUTRAJAYA, 13 Okt (Bernama) -- Proses libat urus Belanjawan 2025 telah dilaksanakan di semua negeri bagi memastikan kerajaan mengambil kira pandangan serta cadangan pelbagai pihak, industri dan rakyat di peringkat akar umbi.

Industri Perbankan Optimis Inisiatif Strategik Seimbang Dalam Belanjawan 2025 - RHB

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- RHB Banking Group menjangkakan Belanjawan 2025 akan membentangkan inisiatif strategik seimbang yang menangani keperluan segera ekonomi dan juga meletakkan asas kukuh bagi pertumbuhan masa depan.

'Local To Global Retails' Produk Tempatan Tembusi Pasaran Antarabangsa

CHIBA, (Tokyo-Jepun) 12 Okt (Bernama) --  Pengenalan inisiatif 'Local To Global Retails Produk Usahawan Tempatan' oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertujuan memperkasakan produk Malaysia di pasaran antarabangsa.

Anwar Akan Teraju ASEAN Harungi Cabaran Kritikal Serantau, Global Pada 2025

VIENTIANE, 12 Okt  (Bernama) - Sidang kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 yang baru sahaja menutup tirainya merupakan penampilan berjaya bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa negara anggota agar bukan sahaja meningkatkan kemakmuran menerusi inisiatif baharu tetapi juga agar pihak-pihak berkonflik meneruskan diplomasi untuk mencapai keamanan di rantau ini.

Pasaran Getah Dijangka Alami Tidak Banyak Perubahan Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka mengalami dagangan yang tidak banyak berubah dengan kecenderungan menurun minggu depan, dipengaruhi oleh krisis Laut Merah yang semakin buruk, kata pakar industri.

Enlit Asia 2024 Gesa ASEAN Untuk Bersatu, Majukan Pendigitalan Dan Pacu Inovasi

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Acara Enlit Asia 2024 yang baru sahaja berakhir menggesa negara anggota ASEAN untuk bersatu, memajukan pendigitalan dan memacu inovasi untuk mempercepatkan agenda peralihan tenaga rantau ini.

MARii Latih 1,253 Jurutera Bagi Martabatkan Malaysia Sebagai Hab Automotif ASEAN

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) melatih dan memperakui 1,253 jurutera melalui Program Pensijilan Profesional Kejuruteraan Digital dan Prototaip (DEP) sejak penubuhannya pada 2020.

MITI Mulakan Siasatan Duti Antilambakan Rod Dawai Keluli Dari China, Indonesia, Vietnam

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memulakan penyiasatan duti antilambakan ke atas rod dawai keluli yang berasal dari atau dieksport oleh China, Indonesia dan Vietnam.

IGEM 2024 Jana Potensi Perniagaan RM5 Bilion - Nik Nazmi

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) edisi ke-15 telah menjana lebih RM5 bilion potensi perniagaan, satu pencapaian penting ke arah masa depan lebih hijau bagi Malaysia dan wilayah sekitarnya.

Amirsham Dilantik Sebagai Pengerusi Baharu Alliance Bank

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd telah melantik Tan Sri Amirsham Abdul Aziz sebagai pengerusi baharunya.