1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka dengan mencatat sedikit perubahan hari ini dalam dagangan yang tidak menentu, di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di Wall Street menjelang pengumuman data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS) yang dijangka pada lewat minggu ini.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Ringgit kekal lebih rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan pelabur terus berwaspada mengenai perkembangan pasaran global, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kerjasama menjadi penganjur Forum “Budget Insights: Moving Towards 2025” dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menekankan usaha negara untuk mencapai pertumbuhan yang inklusif dan mampan, menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Malaysia berhasrat untuk memanfaatkan peluang dengan meningkatkan kerjasama ekonomi dengan Perikatan Pasifik, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kepelbagaian operasi dan pasaran menjadi keperluan penting bagi perniagaan di Malaysia untuk kekal berdaya saing, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Northport (Malaysia) Bhd berjaya mencatat rekod baharu jumlah pengendalian tahunan untuk segmen perniagaan kontena dan kargo konvensional yang mencecah 3,328,508 unit bersamaan 20 kaki (TEU) setakat 27 Nov, 2024.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, apabila unjuran ekonomi global mendorong pelabur mengalihkan minat kepada mata wang selamat, kata penganalisis.
1tahun ago
KUCHING, 3 Dis (Bernama) -- Sarawak Digital Economy Corporation Bhd (SDEC) menjalin kerjasama dengan peneraju teknologi global FPT Corporation bagi melonjakkan matlamat negeri berkenaan sebagai hab ekonomi digital serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd kekal optimis tentang prospek perdagangan Malaysia dan prospek pertumbuhan sektor pembuatan, memandangkan permintaan eksport yang bertambah baik.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 3 Dis (Bernama) -- Iwata Japan, pemimpin global dalam bidang kimia dan bahan, mengambil alih EQX Materials Sdn Bhd yang kini akan beroperasi sebagai EQX Iwata Sdn Bhd dan menjadi anak syarikat utama dalam kumpulan Iwata.
1tahun ago
LAS VEGAS, 2 Dis (Bernama) -- Amazon Web Services (AWS) hari ini mengumumkan Mesolitica, syarikat pemula niaga Malaysia yang menumpukan latihan Model Bahasa Besar (LLM) telah membangunkan LLM kecerdasan buatan (AI) generatif bahasa Melayu yang dipanggil MaLLaM bagi perkhidmatan awannya.
1tahun ago
LAS VEGAS, 2 Dis (Bernama) -- Amazon Web Services (AWS) menjangka pertumbuhan kukuh dalam perniagaan perkhidmatan awannya, dipacu oleh penerimagunaan kecerdasan buatan generatif (Gen-AI) yang akan meningkatkan lagi ekonomi digital di seluruh rantau ASEAN.