1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Ringgit kekal kukuh berbanding dolar AS semasa ditutup pada Isnin berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari bermula esok di Amerika Syarikat.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penurunan awalnya dan ditutup rendah hari ini ketika sentimen pelabur lebih berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 9-10 Disember ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin, meskipun terdapat isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan serantau, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) hari ini bersetuju menubuhkan Unit Transformasi Digital (DTU) di setiap kementerian serta mempercepat pendaftaran MyDigital ID, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan negara Islam lain perlu memperkukuh penyelarasan dan keterlibatan untuk mendorong perdagangan antara negara OIC, kata bekas Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.
1bulan ago
IPOH, 8 Dis (Bernama) -- Syarikat penerbangan Batik Air memperluas laluan domestik apabila melancarkan perkhidmatan bagi laluan Ipoh-Singapura mulai hari ini.
1bulan ago
LAS VEGAS, 3 Dis (Bernama) -- Kalangan negara anggota ASEAN, termasuk Malaysia memerlukan perlindungan siber lebih kukuh seiring usaha mempercepat penerimagunaan dan pelaksanaan digital, kata Amazon Web Services (AWS).
1bulan ago
KOTA TINGGI, 8 Dis (Bernama) -- Kepimpinan Malaysia dalam ekosistem halal global terus diperkukuh melalui Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2024 (WHEA 2024), sekali gus meningkatkan lagi daya saing negara dalam pasaran halal global yang berkembang pesat dan diunjurkan mencecah US$5 trilion (US$1 = RM4.10) menjelang 2030.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Kerjasama yang lebih erat dalam kalangan komuniti perniagaan Muslim global diperlukan bagi memperkasakan keupayaan ekonomi kolektif Islam serta melonjakkan kedudukan umat Islam sebagai pemain utama pasaran, kata Presiden Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, didorong oleh aktiviti pengambilan untung minggu lepas walaupun Wall Street ditutup tinggi pada Jumaat lalu.
1bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, disokong oleh momentum positif minggu lepas apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu terus rendah menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari yang bermula esok.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Keputusan kerajaan untuk menaikkan ambang pengecualian e-invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta mulai 2026 akan mengurangkan kos pematuhan serta beban pentadbiran bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).