9bulan ago
JAKARTA, 22 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan mesyuarat Meja Bulat Kerjasama Industri Halal Malaysia-Indonesia yang bertujuan memupuk kerjasama serantau dan memacu pertumbuhan inklusif kedua-dua negara dalam ekonomi halal global.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Dua puluh dua syarikat Malaysia yang menyertai Program Perniagaan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Ekspo 2025 Osaka, Jepun telah memperoleh pelaburan dan eksport bernilai lebih RM40 juta.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) akan menjadi pemangkin kepada usaha Pavilion Malaysia untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM13 bilion semasa Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Kansai, Jepun.
9bulan ago
JOHOR BAHRU, 21 April (Bernama) --Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) menjadi magnet bagi pelaburan apabila prestasi suku pertama tahun ini menunjukkan hampir 90 peratus daripada RM27.4 bilion pelaburan baharu di Johor terletak di kawasan zon ekonomi tersebut.
9bulan ago
JOHOR BAHRU, 21 April (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bakal membantu meningkatkan lagi kecekapan dan daya tahan rantaian bekalan ASEAN, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
9bulan ago
JOHOR BAHRU, 20 April (Bernama) -- Forum Perniagaan dan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) selama dua hari akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, esok dengan tema "JS-SEZ: Merapatkan Ekonomi, Memperkukuh Rantaian Bekalan."
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand yang berakhir hari ini menarik potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion yang merangkumi produk seperti alat ganti automatik, pembinaan, minyak dan gas, tenaga dan peranti perubatan.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Johor telah membincangkan inisiatif-inisiatif sandbox dalam usaha menangani kebimbangan pelabur serta industri di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Perdagangan Malaysia meneruskan momentum positif dengan meningkat 2.2 peratus kepada RM249.89 bilion pada Mac 2025, menandakan pertumbuhan tahun ke tahun yang ke-15 bulan berturut-turut sejak Januari 2024, menurut Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Tawaran Awam Permulaan (IPO) WTEC Group Bhd terlebih langganan sebanyak 1.61 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 29 April 2025.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dijadualkan bertemu Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer dan pegawai lain yang berkaitan di Washington pada 24 April, untuk membincangkan tarif balas yang telah dikenakan ke atas Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah mengukuhkan perdagangan global Malaysia dengan menandatangani perjanjian kemudahan pembiayaan pembekal berjumlah US$20 juta (RM87.80 juta) dengan Pertama Ferroalloys Sdn Bhd untuk menyokong pengembangan kapasiti pengeluaran syarikat di Bintulu, Sarawak.