1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini susulan aktiviti belian pada harga rendah, seiring sentimen positif pelabur di pasaran serantau dan mengukuh pada paras tertinggi dalam tempoh lebih dua bulan, yang dicapai kali terakhir pada 2 Okt, 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 6.0 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2025, mengekalkan momentum positif dalam kesemua sektor, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan berjumlah RM171.7 bilion pada Oktober 2025, meningkat 6.3 peratus berbanding 4.3 peratus pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Komitmen berterusan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk memperkukuh kehadiran jenamanya dalam pasaran yang sentiasa berubah diiktiraf apabila syarikat utiliti itu menerima anugerah berprestij Jenama Terbaik 2025–2026 pada majlis World Branding Awards di Osaka, Jepun baru-baru ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada tengah hari ini, didorong oleh sentimen semalaman Wall Street yang positif.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan prospek pendapatan yang cerah bagi pemaju hartanah akan berterusan sehingga 2026, disokong oleh faktor peningkatan jualan pada 2024 dan 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengunjurkan pertumbuhan pendapatan teras sektor bahan binaan Malaysia melonjak kepada 68 peratus pada 2026 berbanding unjuran 15 peratus pada 2025 sebelum menyederhana kepada 16 peratus pada 2027.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kebanyakannya prestasi positif Wall Street.
1bulan ago
KUCHING, 11 Dis (Bernama) -- Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju ekonomi hijau di rantau ini dengan unjuran potensi pelaburan US$7 bilion dalam tempoh 10 tahun hasil kerjasama strategik dengan pemain industri antarabangsa.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan pelaburan tenaga bersih dan bersedia untuk menyokong pemain industri yang ingin mengambil bahagian dalam usaha peralihan tenaga negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti belian pada harga rendah berikutan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mengurangkan kadar penanda arasnya sebanyak 25 mata asas, meskipun pasaran serantau mencatatkan penurunan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Ambest Group Bhd yang beribu pejabat di Pulau Pinang menyasarkan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada suku pertama tahun depan.