BERITA TERKINI   Perdagangan dua hala Malaysia-India dijangka melepasi AS$18.59 bilion, dicatatkan tahun lepas - PM Anwar | Malaysia, dalam konteks ASEAN, pasti dapat manfaat besar sekiranya rantau ini dapat memperoleh lebih banyak cara dan peluang untuk bekerjasama dengan India - PM Anwar | PM Anwar sokong keputusan India buka konsulat jeneral baharu di Kota Kinabalu | Malaysia, India setuju galakkan penggunaan ringgit dan rupee dalam perdagangan dan pelaburan dua hala - PM Anwar | Malaysia, India akan terus perkukuh kerjasama dalam semua bidang - PM Anwar | 

Terdapat 3826 berita berdasarkan kata kunci carian "th"

Malaysia Terus Dahului Indeks Pusat Data Serantau - Knight Frank Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Malaysia telah menduduki tempat pertama dalam kalangan negara lain di Asia Tenggara dalam Indeks Peluang Pusat Data SEA-5 Knight Frank untuk tahun kedua berturut-turut dengan penggunaan tahunan sebanyak 429 megawatt (MW).

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur semasa mengakhiri sesi pagi ini, menjejaki prestasi bursa serantau dengan petunjuk positif daripada Wall Street minggu lepas.

IFC, Konsortium Komited Sedia Lebih US$900 Juta Dalam Pembiayaan Kepada Pusat Data Di Malaysia - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) dan sebuah konsortium yang terdiri daripada enam institusi kewangan antarabangsa komited menyediakan lebih US$900 juta (US$1 = RM4.50) dalam pembiayaan kepada kampus pusat data hiperskala Yondr Group di Malaysia, menurut Kumpulan Bank Dunia.

Scam Dalam Talian Jejas Keyakinan Pelabur, Sindiket Anggap “Menguntungkan”

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kerajaan perlu meningkatkan usaha membendung scam atau penipuan kewangan secara dalam talian, yang sekiranya tidak dikawal akan menjejaskan perdagangan, pelancongan, keyakinan pelabur serta keinginan Malaysia untuk muncul sebagai destinasi pelaburan utama.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas prestasi Wall Street yang kukuh pada minggu lepas, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh penurunan Indeks Dolar AS (DXY) pada Jumaat lepas, menurut ahli ekonomi.

Pelbagai Perencanaan strategik Lonjakkan Ekonomi Sepanjang 2024 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024 bagi melimpahkan kemakmuran yang berpanjangan kepada rakyat dan negara.

Kepengerusian ASEAN 2025 Menandakan Detik Penting Untuk Malaysia

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Dalam tempoh kurang daripada dua minggu, Malaysia akan menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi ASEAN pada Januari 2025, menandakan detik penting untuk negara.

FMM Sokong Tiada Kenaikan Dalam Surcaj ICPT

KUALA LUMPUR,  21 Dis (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menyokong keputusan kerajaan untuk mengekalkan surcaj kadar pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) pada 16 sen setiap kilowatt jam (kWj) bagi separuh pertama 2025.

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia diunjur mengekalkan trend diniagakan tidak  berubah minggu depan sehingga terdapat pemangkin baharu, kata Rakuten Trade Sdn Bhd.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal stabil minggu depan sehingga muncul pemangkin baharu.

Musim Cuti Dijangka Pengaruhi Pergerakan Ringgit Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil pada paras 4.50 hingga 4.52 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, memaparkan ketidaktentuan dan sentimen berhati-hati dalam kalangan peniaga sewaktu tempoh cuti Krismas.