1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
1tahun ago
PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) -- Projek kerjasama tenaga hidrogen bersih dan penyahkarbonan antara Sarawak Economic Development Corporation Energy (SEDCE), Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan pihak konsortium Jepun diharap dapat dimudah cara menjelang Mei tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- FBM KLCI kembali pulih daripada penurunan semalam dan ditutup tinggi sedikit pada Jumaat, dipacu oleh belian pada harga rendah saham perbankan dan telekomunikasi, meskipun prestasi lemah dalam bursa serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd dijangka melaksanakan kerjasama rangkaian untuk membiayai perbelanjaan modal (capex) 5G yang dianggarkan antara RM3 bilion hingga RM4 bilion berikutan terpilih sebagai penyedia akses rangkaian 5G kedua, menurut RHB Investment Bank Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Sesi dagangan pagi Bursa Malaysia diakhiri dengan prestasi bercampur-campur, mencerminkan sentimen pasaran yang sedikit berhati-hati, seiring dengan urusniaga tidak berubah dalam ekuiti Asia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memperkenalkan dua ciri utama bagi kemudahan Simpanan Shariah dengan akses lebih pantas dan fleksibel untuk ahlinya berkuat kuasa pada 1 April, 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Pengeluar pesawat global, Airbus telah menyempurnakan penyerahan sebanyak 766 unit pesawat komersial kepada 86 pelanggannya di serata dunia pada 2024 yang juga peningkatan berbanding 735 pesawat pada tahun sebelumnya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun semula ke wilayah positif pada awal dagangan Jumaat, dipacu oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah ketika pelabur mengambil kesempatan susulan penyusutan baru-baru ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Dialog Group Bhd mengumumkan pelan pembangunan dan pengabaian medan (FDAP) untuk Kontrak Perkongsian Pengeluaran Aset Medan Kecil Kluster Baram Junior (BJC SFA PSC) telah mencapai keputusan pelaburan akhir bernilai US$235 juta (US$1=RM4.50).
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- FBM KLCI meneruskan penurunannya bagi hari kedua berturut-turut hari ini apabila sentimen pasaran terus menerima tekanan akibat daripada peningkatan risiko luar terutamanya pertumbuhan lemah ekonomi China dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel dijangka memberikan penjimatan tahunan antara RM7.2 bilion dan RM7.5 bilion kepada kerajaan, meningkat daripada RM4 bilion yang diunjurkan tahun lepas, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.