1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kerjaya Prospek Property Bhd akan meneruskan usaha pembelian tanah strategik dan meningkatkan simpanan tanahnya, dipacu kedudukan kewangan kumpulan yang kukuh dan berdaya tahan ketika ini di samping memastikan kemajuan yang lancar bagi projek pembangunan akan datang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Pengambilalihan Hibiscus Petroleum Bhd terhadap TotalEnergies di Brunei dijangka mula memberi sumbangan kepada pendapatannya bermula dari tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, kata Pengarah Urusannya Dr Kenneth Pereira.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ekonomi digital Malaysia dijangka mencecah US$31 bilion (RM138.4 bilion) dari segi nilai barangan kasar (GMV) pada 2024, meningkat 16 peratus daripada angka pada 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal berdaya tahan menghampiri paras 1,600, mengambil petunjuk daripada rekod penutupan Wall Street berikutan pencalonan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang baharu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar US yang mengukuh, disokong oleh kenaikan semula dalam Indeks Dolar AS (DXY) daripada penurunan baru-baru ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) mencatat sejarah dengan merekodkan perolehan suku tahunan tertinggi iaitu sebanyak RM1.032 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika pada Isnin, disokong oleh penurunan dalam hasil bon AS selepas pelantikan Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan AS.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Isnin, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui oleh kaunter perkhidmatan kewangan dalam persekitaran prestasi kebanyakannya memberangsangkan di bursa serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd, anak syarikat milik penuh RHB Bank Bhd, akan melepaskan kira-kira 99.95 peratus kepentingan ekuitinya dalam RHB Securities (Thailand) Public Company Ltd serta keluar daripada pasaran pembrokeran saham dan sekuriti Thailand.
1tahun ago
KAJANG, 25 Nov (Bernama) -- Industri koko Malaysia telah mencatatkan jumlah hasil eksport sebanyak RM8.87 bilion setakat Ogos 2024, mewakili 98 peratus daripada sasaran RM9 bilion bagi tahun itu, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Indeks barometer Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari ini berikutan belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya tinggi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.