11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bahagian penerbangan Capital A Bhd, AirAsia Aviation Group (AirAsia) telah membawa 63.18 juta penumpang pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 dengan faktor beban sebanyak 89 peratus, dipacu oleh permintaan yang mantap dan pertumbuhan kapasiti yang strategik.
11bulan ago
KUCHING, 12 Feb (Bernama) -- Kerajaan Sarawak hari ini memeterai perjanjian jual beli dengan Malaysia Aviation Group (MAG), sekali gus memuktamadkan pengambilalihan MASwings yang kini dinamakan sebagai AirBorneo.
11bulan ago
PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan di atas keyakinan kerajaan Turkiye terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), sekali gus mengesahkan lagi kerjasama kukuh dalam pengendalian Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGA).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Malaysia dan Turkiye perlu bekerjasama dalam pelbagai sektor termasuk semikonduktor, komoditi pertanian, elektrik dan elektronik (E&E) serta makanan dan minuman (F&B) bagi mencapai sasaran perdagangan dua hala US$10 bilion (RM44.68 bilion), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11bulan ago
PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Turkiye menyasar untuk menggandakan perdagangannya dengan Malaysia kepada US$10 bilion selepas melepasi paras US$5 bilion pada 2024, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan.
11bulan ago
KUCHING, 7 Feb (Bernama) -- Pembelian syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd, anak syarikat Malaysian Aviation Group (MAG) oleh kerajaan negeri Sarawak bakal dimuktamadkan menerusi satu perjanjian yang akan dimeterai pada 12 Feb, 2025.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd menggariskan tiga tonggak untuk Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkatkan operasi pengendali lapangan terbang itu pada masa hadapan, kata Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia dan Uzbekistan melihat prospek meyakinkan untuk membangunkan zon perindustrian bersama di negara Asia tengah itu.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini akan membantu mempermudah Timor-Leste untuk menyertai perjanjian ekonomi ASEAN, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Weststar-GAP Aviation LDA, usaha sama antara Timor Gap-Timor Gas Petroleo EP dan Weststar Aviation Timor, Unipessoal, LDA telah memperoleh kontrak perkhidmatan pengangkutan helikopter dengan syarikat tenaga Australia, Santos NA (19-12) Pty Ltd bernilai US$40 juta atau RM175. 6 juta.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Jumlah permintaan penumpang udara mencapai rekod tertinggi pada 2024 dengan lonjakan jumlah trafik sebanyak 10.4 peratus berbanding tahun lepas, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
11bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.