BERITA TERKINI   Piala Uber: Malaysia akan berdepan juara bertahan China di peringkat suku akhir | Pelarasan perbelanjaan akan dibuat tanpa menjejaskan perkhidmatan kritikal kepada rakyat dan kestabilan ekonomi - MOF | Panduan dikeluarkan kepada kementerian, agensi untuk susun semula keutamaan perbelanjaan mengurus, selaras cabaran krisis bekalan global, peningkatan tanggungan subsidi - MOF | KPT kenal pasti lapan pelajar terjejas kebakaran di Sandakan untuk disalurkan bantuan - Zambry | Cadangan bawa pulang tiga gajah negara dari Jepun wajar dipertimbang secara serius - Arthur | 

Terdapat 324 berita berdasarkan kata kunci carian " pegangan"

Pelabur Asing Jual Ekuiti Bernilai RM1.1 Bilion Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pelabur asing melepaskan pegangan ekuiti di Bursa Malaysia pada minggu lepas dengan nilai jualan bersih RM1.10 bilion, tertinggi dalam tempoh 18 minggu, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Konflik Timur Tengah Dijangka Kekalkan Minat Terhadap Emas

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Aliran minat terhadap kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives berkemungkinan kekal pada minggu depan susulan ketegangan di Timur Tengah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di pasaran serantau, kata seorang penganalisis. 

Pertama Digital Beri Jaminan Syarikat Kekal Kukuh, Catat Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pertama Digital Bhd hari ini memberi jaminan kepada para pemegang sahamnya bahawa syarikat itu kekal kukuh dan berada dalam kedudukan untuk mencatat pertumbuhan walaupun harga sahamnya susut mendadak.

Sarawak Muncul Sebagai Pemegang Saham Terbesar Affin Bank

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sarawak melalui anak syarikat milik penuhnya, SG Assetfin Holdings Sdn Bhd, telah memuktamadkan perjanjian pembelian saham (SPA) Affin Bank daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Bhd.

Petronas, Mitsubishi Meterai Perjanjian Baharu Penghantaran LNG

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Mitsubishi Corporation menandatangani perjanjian baharu untuk memanfaatkan lagi keupayaan Petronas dalam menghantar gas asli cecair (LNG) ke pasaran antarabangsa, terutama sasaran pelanggan di Jepun.

AAX Keluar Pekeliling Cadangan Pengambilalihan Bernilai RM6.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) telah mengeluarkan pekeliling terperinci berkaitan cadangan pengambilalihan bernilai RM6.8 bilion membabitkan keseluruhan pegangan kepentingan Capital A Bhd dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB).

Magma Cadang Kurangkan Modal, Pinda Perlembagaan Kumpulan

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Magma Group Bhd (dikenali Impiana Hotels Bhd sebelum ini) mengemukakan cadangan bagi mengurangkan modal sahamnya mengikut Seksyen 116 Akta Syarikat, 2016. 

Pelabur Tunggu Belanjawan 2025 Bagi Kerangka Kawal Selia "Family Office" Di Malaysia - OCBC

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kalangan pelabur sedang menunggu pengumuman mengenai kerangka kawal selia untuk menubuhkan “family office” di Malaysia, yang akan dibuat menerusi pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini, menurut OCBC.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Meningkat Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menokok minggu depan, menjejaki jangkaan trend meningkat di pasaran tunai.

OPR Dijangka Kekal Pada 3.00 Peratus Meskipun Fed Mungkin Turunkan Lagi Kadar - Rakuten

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mungkin menurunkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas lagi tahun ini.

Unit Haily Group Dapat Kontrak Pembinaan Bernilai RM75.9 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Subsidiari milik penuh Haily Group Bhd Haily Construction Sdn Bhd telah menerima surat anugerah daripada Meridin East Sdn Bhd bagi pembinaan dan penyiapan 393 unit rumah teres di Johor Bahru bernilai RM75.90 juta.