2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) menunjukkan aliran rendah dalam dagangan awal hari ini selepas pengumuman semakan semula jadual tarif bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) di bawah kerangka kerja kawal selia berasaskan insentif (IBR) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini berikutan pelabur menjadi lebih berhati-hati dalam persekitaran ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah, kata penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal pada Isnin, seiring dengan kadar asas pasaran tunai.
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal mengalami dagangan secara berhati-hati dan prestasinya mungkin menjejaki pergerakan di Wall Street minggu depan memandangkan pasaran meneliti petunjuk daripada Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani and Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan, sejajar dengan prestasi bursa tempatan dan Wall Street, kata penganalisis.
2bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Ringgit dijangka terus bertahan dalam julat terhad minggu depan, berikutan peniaga dan pelabur akan kekal memantau perkembangan konflik ketenteraan di Timur Tengah, kata seorang penganalisis.
2bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal dalam jajaran kecil pada jangka masa terdekat berikutan ketiadaan perkembangan penting, sambil berhati-hati terhadap sebarang tanda-tanda kemerosotan ke atas kestabilan di Timur Tengah.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman and K Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya lebih tinggi hari ini selepas dipacu oleh pengukuhan dalam harga minyak soya dan sentimen yang didorong oleh prestasi eksport yang mantap baru -baru ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives merekodkan penurunan untuk ditutup lebih rendah hari ini, didorong oleh langkah pengambilan untung berterusan, di tengah-tengah kebimbangan mengenai konflik Israel-Iran.
2bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Ringgit meningkat daripada penurunan semalam untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan perkembangan terkini perang Iran-Israel telah mencetuskan minat belian dalam mata wang pesat membangun, kata peniaga.
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan indeks utama meningkat 0.08 peratus disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah berikutan penjualan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat dengan mencatat kenaikan kecil susulan sokongan belian dalam saham wajaran tinggi, didahului kaunter kewangan yang memacu indeks petunjuk utama, kata penganalisis.