BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 1-1 Penang FC | Liga Super: DPMM FC 1-1 Melaka FC | Liga Super: Kuching City FC 2-0 Negeri Sembilan FC | 

Terdapat 426 berita berdasarkan kata kunci carian " tahun kewangan"

AirAsia Bawa 63 Juta Penumpang Dengan Faktor Beban 89 Peratus Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bahagian penerbangan Capital A Bhd, AirAsia Aviation Group (AirAsia) telah membawa 63.18 juta penumpang pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 dengan faktor beban sebanyak 89 peratus, dipacu oleh permintaan yang mantap dan pertumbuhan kapasiti yang strategik.

Hasil Dividen Public Bank Dijangka Meningkat Mulai Tahun Ini -- CIMB Securities 

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Hasil dividen Public Bank Bhd (PBB) dijangka meningkat melebihi 5.0 peratus mulai tahun ini walaupun harga sahamnya tidak berubah, kata CIMB Securities Sdn Bhd.

Pantech Global Dijangka Tidak Terjejas Oleh Tarif Import Keluli, Aluminium AS

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Pantech Global Bhd dijangka tidak terjejas dengan rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium.

SME Bank Salur Pembiayaan RM3.6 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank) telah meluluskan kira -kira RM3.6 bilion dalam pembiayaan untuk tahun kewangan 2024, naik 35.1 peratus dari tahun sebelum ini.

Kumpulan Kitacon Meterai Kontrak Pembinaan Bernilai RM104.30 Juta Di Klang

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kumpulan Kitacon Bhd (Kitacon) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kitacon Sdn Bhd berjaya memperoleh kontrak bagi kerja-kerja pembinaan utama bernilai RM104.30 juta daripada Sime Darby Property (BBR3 Asset 1) Sdn Bhd.

Northern Solar Sasar Pertumbuhan Hasil 20 Peratus Bagi Tahun Kewangan 2025

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Northern Solar Holdings Bhd menyasar pertumbuhan hasil meningkat sebanyak 20 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 (TK2025) daripada RM77.97 juta pada tahun sebelumnya.

SKM Umum Dividen ADK 3.60 Peratus, Jumlah Agihan RM12.46 Juta Bagi 2024

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mengumumkan dividen 3.60 peratus bagi Akaun Deposit Koperasi (ADK) kepada pendeposit (koperasi) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.

Untung Bersih Sunway REIT Naik Kepada RM524.75 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Sunway Reit Management Sdn Bhd, pengurus Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway REIT) merekodkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM524.75 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 daripada RM338.19 juta pada tahun sebelumnya.

Untung Bersih F&N Bagi Suku Pertama 2025 Susut Kepada RM169.018 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) bagi suku pertama 2025 berakhir 31 Dis, 2024 menyusut kepada RM169.018 juta daripada RM170.737 juta yang direkodkan bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Public Mutual Umum Agihan Lebih RM34 Juta Untuk Empat Dana

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM34 juta untuk empat dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari, 2024.

Penganalisis Kekal Optimis Prospek Bursa Malaysia Dipacu Pendapatan, IPO Lebih Kukuh

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kalangan penganalisis mengekalkan prospek positif terhadap Bursa Malaysia Bhd susulan pengumuman prestasi pendapatannya yang kekal kukuh dalam tahun kewangan 2024.

Unit Datasonic Terima Lanjutan Kontrak Bekal Cip Pasport, Nilai Kontrak Tambahan RM104.78 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Datasonic Group Bhd, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) menerima lanjutan kontrak selama 12 bulan daripada Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan cip pasport Malaysia kepada Jabatan Imigresen.