3bulan ago
Daripada Zufazlin Baharuddin
HELSINKI, 9 Okt (Bernama) -- Kepakaran Finland dalam menukar sisa kepada tenaga dan kapasiti penyimpanan karbon sedia ada di Malaysia membuka peluang untuk pertukaran pengetahuan dalam pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS), membantu kedua-dua negara menuju ke arah neutral karbon.
3bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan momentum peningkatannya apabila ditutup tinggi pada Rabu, mencecah lebih RM4,500 satu tan berikutan jangkaan pengeluaran lebih suram dalam minggu-minggu mendatang.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor menyasarkan 100 peratus liputan rangkaian 5G dalam kawasan berpenduduk negeri itu pada awal tahun depan, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan masih mengkaji dan meneliti cadangan memperkenalkan struktur baharu akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan diwujudkan apabila pencarum mencapai umur persaraan minimum, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
3bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Niche Capital Emas Holdings Bhd (NICE) merancang untuk memperuntukkan lebih kurang RM23.18 juta atau 89 peratus daripada jumlah RM26.18 juta yang dikumpulkan melalui langkah tawaran awam persendirian bagi memacu perniagaan perlombongan emasnya, terutama projek KK Hill dan Sokor Midland di Kelantan.
3bulan ago
Daripada Zufazlin Baharuddin
HELSINKI, 8 Okt (Bernama) -- Pusat Sumber Ekonomi Kitaran Kesatuan Eropah (EU CERC) sedang meneroka potensi Malaysia sebagai rakan kongsi strategik dalam menggalakkan usaha peralihan kepada ekonomi kitaran di Asia Tenggara.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt 0 (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa kerajaan supaya menyediakan insentif cukai bagi perbelanjaan yang berkaitan dengan pembangunan pasaran dan rantaian bekalan intra-ASEAN menerusi Belanjawan 2026.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$123.6 bilion pada 30 Sept, 2025 daripada US$122.7 billion pada 29 Ogos, 2025.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal kepada 4.1 peratus pada 2026, tidak berubah daripada unjurannya bagi 2025, menurut Bank Dunia.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan, melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), menyasarkan peluang eksport bernilai RM150 juta daripada persidangan pembangun permainan utama Asia Tenggara, LEVEL UP KL 2025.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama Persatuan Pembekal Perodua (P2SA) dan Persatuan Vendor Proton (PVA) memperkukuh produktiviti serta daya saing industri automotif negara melalui kerjasama dalam Program Transformasi AI Produktiviti.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM38.3 juta bagi pelaksanaan Program Getah Terbiar (PGT) tahun ini yang memberi manfaat kepada hampir 8,890 pekebun kecil di seluruh negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.