10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya pada Rabu, menjejaki penurunan ketara dialami Wall Street serta pasaran serantau ketika ketidaktentuan ekonomi terus menjejaskan sentimen pelabur.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Selasa susulan aktiviti jualan ketara membabitkan saham-saham bermodal rendah yang mengheret turun pasaran secara meluas.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, produk dan perkhidmatan pengguna serta pengangkutan dan logistik.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pertama Digital Bhd (PDB) mencatatkan kemajuan ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini, daripada memperoleh pembiayaan utama sehingga melaksanakan pembelian strategik dan kerjasama yang mendorongnya untuk pertumbuhan jangka masa panjang.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, perladangan, telekomunikasi dan media.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- AmBank (M) Bhd telah memberikan kemudahan pembiayaan kepada Worldwide Stainless Sdn Bhd, sekutu Yankong Group untuk pengambilalihan Bahru Stainless Sdn Bhd dari Acerinox S.A, Sepanyol pada harga RM1.06 bilion.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan bercampur-campur pada tengah hari, susulan petunjuk positif daripada prestasi Wall Street pada Jumaat lalu ketika pelabur mengabaikan kebimbangan terhadap ketegangan yang meningkat antara Ukraine dan Amerika Syarikat (AS).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- MBSB Group melancarkan Pusat Perbankan Komersialnya di ibu pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di sini, sekali gus mengukuhkan komitmennya untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat bersaiz sederhana terutamanya yang berkembang ke pasaran antarabangsa.
10bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran turun 0.75 peratus sejajar dengan prestasi pasaran serantau lain apabila sentimen pelabur terjejas susulan pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bank digital Islamik pertama di Malaysia, AEON Bank dinobatkan sebagai pemenang untuk dua anugerah berprestij di Islamic Finance News (IFN) Awards, baru-baru ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd untuk suku ketiga berakhir 31 Disember, 2024 (S3 TK2025) meningkat sebanyak 5.5 peratus kepada RM186.67 juta daripada RM176.86 juta pada tahun sebelumnya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih RHB Bank Bhd melonjak kepada RM3.12 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM2.81 bilion pada tahun kewangan 2023, dipacu oleh pertumbuhan pendapatan keseluruhan yang kukuh.