Terdapat 1622 berita berdasarkan kata kunci carian " komitmen"

BMS Holdings Peroleh Kelulusan Penyenaraian Di Pasaran ACE Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) --  BMS Holdings Bhd (BMS Holdings) menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd bagi penyenaraiannya di Pasaran ACE pada suku keempat 2025.

Industri Insurans, Takaful Catat Peningkatan Kepuasan Pelanggan Pada 2024

KUALA LUMPUR, 2 Okt  (Bernama) -- Industri insurans dan takaful negara mencatatkan peningkatan dalam tahap kecemerlangan perkhidmatan apabila Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) terkini mencapai 88 mata pada 2024.

Belanjawan 2026 Dijangka Tumpu Pertumbuhan Berpacu Teknologi - Moomoo

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 dijangka memberi penekanan yang tinggi terhadap pertumbuhan berteraskan teknologi terutama dalam kecerdasan buatan (AI), automasi, platform digital dan penerimagunaan Industri 4.0.

Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2.0 Tampil Pendekatan Inklusif, Tangani Cabaran Masa Depan

KUALA LUMPUR, 2 Okt  (Bernama) -- Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan Kedua (NS2.0) akan digerakkan dengan pendekatan lebih strategik, berkesan dan inklusif bagi menangani cabaran semasa serta mempersiapkan negara menghadapi keperluan masa depan.

Belanjawan 2026 Dijangka Peruntuk Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Tertinggi RM430.3 Bilion - Kenanga

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangka perbelanjaan Kerajaan Persekutuan mencecah rekod tertinggi sebanyak RM430.3 bilion tahun depan dalam keadaan perbelanjaan mengurus (OE) dan perbelanjaan pembangunan (DE) yang semakin meningkat.

Kepengerusian ASEAN Oleh Malaysia Pemangkin Untuk Perkongsian Jepun-ASEAN

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 adalah penting dalam mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan dan mempercepatkan pelaburan industri hijau dengan Jepun, kata MUFG Bank (Malaysia) Bhd.

Malaysia Catat Jualan Eksport Bernilai RM376.14 Juta Di Ekspo China-ASEAN Ke-22

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pavilion Malaysia di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 telah merekodkan jumlah jualan RM376.14 juta, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Pembaharuan, Inovasi Lonjak Keyakinan Pelabur Terhadap Malaysia - Tengku Zafrul

SINGAPURA, 2 Okt Bernama) -- Keyakinan pelabur jelas kembali terhadap Malaysia, dipacu hasil komitmen kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan, bekerjasama, berinovasi dan membina ekonomi yang lebih sofistikated dan inklusif, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

MIDA, Dunham-Bush Pacu Penyelesaian Penyejukan Lestari Pusat Data Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Dunham-Bush Industries Sdn Bhd, antara pengeluar sistem pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara (HVAC) paling lama ditubuhkan di Malaysia menganjurkan seminar berkaitan pusat data (DC) hari ini dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

AEBF 2025 Bakal Saksi Pelancaran Pelan Tindakan Kerjasama Tenaga ASEAN 2026-2030

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF) 2025 yang akan datang bakal menyaksikan pelancaran Pelan Tindakan Kerjasama Tenaga ASEAN (APAEC) 2026–2030, iaitu pelan tindakan strategik untuk memandu dasar-dasar tenaga serantau.

SIR2035 Lakar Laluan Jelas Ke Arah Kestabilan, Transformasi Industri - Unitrade

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pelan Hala Tuju Industri Keluli Malaysia 2035 (SIR2035) melakarkan laluan jelas ke arah kestabilan, transformasi dan penyahkarbonan sepenuhnya industri keluli negara, kata Unitrade Industries Bhd.

Pelan Hala Tuju Keluli 2035 Perkukuh Daya Saing Pembuatan Keluli Malaysia Secara Global - MISIF

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pelan Hala Tuju Industri Keluli 2035 (SIR2035) dirangka bagi memastikan pengeluar keluli Malaysia dapat bersaing secara berkesan bersama-sama pengeluar asing, menurut Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF).