Terdapat 1618 berita berdasarkan kata kunci carian " apr"

Washington Kenakan Tarif 19 Peratus Ke Atas Malaysia, Empat Negara ASEAN Lain

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Malaysia berserta empat lagi negara anggota ASEAN, dikenakan tarif sebanyak 19 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa pada hari ini.

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS, Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) namun tinggi berbanding mata wang utama lain pada Jumaat, apabila pelabur menelti hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) dan langkah tarif balas oleh Washington yang berkuat kuasa hari ini.

AS Kurangkan Tarif Ke Atas Import Malaysia Kepada 19 Peratus

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) mengenakan kadar tarif yang telah dikurangkan iaitu 19 peratus ke atas import dari Malaysia, berkuat kuasa 1 Ogos, 2025.

MPRC Sambut Baik Fokus Berterusan Kerajaan Perkukuh Ekonomi Hijau

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) menyambut baik fokus yang berterusan oleh kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi hijau di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13), terutamanya dalam teknologi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Kerajaan MADANI Perkukuh Dasar Negara Menerusi Kerangka Ekonomi MADANI -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, Julai 31 (Bernama) -- Kerajaan MADANI mengorak hala tuju dasar negara dengan berani dan  tuntas menerusi penggubalan kerangka Ekonomi MADANI yang berpaksikan kepada kemampanan, kesejahteraan rakyat serta tatakelola berintegriti.  

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$120.61 Bilion Pada Akhir Jun 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$120.61 bilion (US$1 = RM4.23) manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$1.21 bilion pada akhir Jun 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu menjejaki penurunan daripada prestasi semalaman Wall Street disebabkan aktiviti pengambilan untung menjelang jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan memutuskan untuk menurunkan kadar faedah.

IMF Naik Taraf Jangkaan Pertumbuhan Global Dalam Unjuran Terbaharu

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi global dijangka mencapai 3.0 peratus pada 2025 dan 3.1 peratus menjelang 2026, di atas jangkaan rujukan dalam Unjuran Ekonomi Dunia (WEO) April 2025, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Julai 2025 yang dikeluarkan hari ini.

Bursa Malaysia Akan Buat Cadangan Susulan Insiden Penggodaman Broker

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd akan mengeluarkan cadangan menjelang akhir September atau awal Oktober berikutan insiden penggodaman pada 24 April lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Fad'l Mohamed hari ini.

Maxim Sahkan Semua Pemandu Aktif Memiliki EVP Sah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Maxim Malaysia (Maxim) telah memastikan bahawa semua pemandu rakan kongsi aktifnya memiliki permit kenderaan e-panggilan (EVP) yang sah dan berpeluang mendapatkan insurans menerusi syarikat rakan kongsinya.

Eco-Shop Catat Pendapatan, Perolehan Lebih Tinggi Pada Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Eco-Shop Marketing Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM204.32 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mei 2025, meningkat daripada RM177.28 juta pada tahun sebelumnya.

Sejumlah RM4 Bilion Disalurkan Untuk STR Fasa 1 Dan 2 - MOF

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Seramai 8.5 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah direkodkan dan sejumlah RM4 bilion disalurkan melalui bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, menurut Kementerian Kewangan (MOF).