Terdapat 9840 berita berdasarkan kata kunci carian " malaysia "

Emas, Perak Dijangka Terus Meningkat Dalam Tempoh Sederhana Hingga Jangka Panjang - MGA

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Harga emas dan perak dijangka terus meningkat dalam tempoh sederhana hingga jangka panjang walaupun berdepan situasi tidak menentu jangka pendek didorong oleh perkembangan makroekonomi dan geopolitik global, kata Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA) Datuk Seri Louis Ng.

Gobind Terharu Tersenarai Dalam “2026 Tech Diplomacy Global 50”

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo terharu apabila tersenarai dalam “2026 Tech Diplomacy Global 50”, dan menyifatkan pengiktirafan itu mencerminkan perjalanan transformasi digital ketika Malaysia bergerak ke arah negara kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030.

JS-SEZ Berpotensi Jadi Model Pembangunan Serantau, Boleh Diperluas Ke Negara Jiran - Pakar

JOHOR BAHRU, 3 Feb (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi menjadi model pembangunan serantau yang boleh diterapkan bersama negara jiran lain sekiranya pelaksanaannya dapat merangkumi integrasi pergerakan barangan dan logistik.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah selepas penjualan pada minggu sebelumnya.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Lebih Tinggi Daripada Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Selasa didorong data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh telah meningkatkan nilai mata wangnya tetapi lebih tinggi daripada mata wang utama lain.

Pengukuhan Ringgit Bukan Luar Jangka, Seiring Keteguhan Ekonomi Malaysia

Oleh Frank Julian Martin

SIBU, 2 Feb (Bernama) -- Pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini sememangnya dijangka memandangkan ekonomi Malaysia terus teguh, dipacu pembangunan infrastruktur, peningkatan ketibaan pelancong di samping harga komoditi serta elektrik dan elektronik (E&E) yang lebih baik.

IPP Pembuatan Malaysia Capai Paras Tertinggi Dalam Tempoh 20 Bulan Pada Januari - S&P Global

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Malaysia mencatatkan peningkatan Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan keseluruhan kepada paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan iaitu 50.2 pada Januari 2026 daripada 50.1 yang direkodkan pada Disember 2025.

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan Di Sabah, Sarawak Untuk Januari 2026

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap (cuplump) dan lateks diaktifkan di Sabah dan Sarawak untuk Januari 2026, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Sekatan Perpindahan Pemain Kelantan TRW Ditarik Balik - MFL

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Kelab Kelantan The Real Warriors (TRW) kini boleh menarik nafas lega selepas sekatan perpindahan pemain terhadap mereka ditarik balik berkuat kuasa hari ini.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat yang positif pada julat 1,730 hingga 1,760 minggu hadapan, dengan paras sokongan segera pada 1,700.

Ringgit Diunjur Terus Mengukuh Pada Julat 3.93-3.96 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka mengekalkan momentum pengukuhannya, diniagakan dalam julat 3.93-3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ketika pelabur mengalihkan tumpuan terhadap pengumuman data penting AS bagi mendapat petunjuk baharu.