Terdapat 416 berita berdasarkan kata kunci carian " penglibatan"

JV Gamuda-Ferrovial Meterai Perjanjian Sistem Simpanan Hidro Pam Capricornia, Australia

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Gamuda Bhd, menerusi usaha sama dengan Ferrovial (GFJV), telah memeterai perjanjian penglibatan kontraktor (ECI) dengan Capricornia Energy Hub (CEH) bagi Sistem Penyimpanan Hidroelektrik Berpam Capricornia (PHES) di Queensland Tengah, Australia. 

Labuan FSA Lancar Inisiatif ESG Untuk Pertumbuhan Lestari

LABUAN, 21 Jan (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) memperkenalkan Kumpulan Kerja Bersama (JWG) Labuan IBFC untuk ESG (LiFE) yang bertujuan untuk memajukan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).

MAA, MARii Bekerjasama Anjur Pameran Automotif

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) untuk bekerjasama dalam penganjuran pameran automotif serta pertunjukan motosikal setiap dua tahun sekali.

Niaga Hadapan MSM Jangka Pengambilan Untung Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan pengambilan untung pada minggu depan.

Kerangka Ekonomi MADANI Catat Kejayaan, Malaysia Bakal Lancar Taman Reka Bentuk Cip Kedua - PM Anwar  

Daripada D. Arul Rajoo

LONDON, 17 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetengahkan kejayaan Kerangka Ekonomi MADANI, yang dilancarkan pada 2023 dalam syarahan beliau di London School of Economics (LSE) hari ini.

Berjaya Corporation Berminat Tarik Syarikat Tempatan Sertai Konsortium KL-SG HSR

KLANG, 17 Jan (Bernama) - Berjaya Corporation Bhd, peneraju konsortium projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG HSR) berminat untuk menarik syarikat tempatan menyertai konsortium tersebut.

Malaysia Akan Giat Semula ASEAN+3, EAS Untuk Rangsang Kerjasama Serantau -- PM Anwar 

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 17 Jan (Bernama) -- Sebagai pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia akan berusaha untuk menggiatkan semula mekanisme utama seperti ASEAN Plus 3 dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), yang walaupun berupaya menjadi saluran menyatukan pihak yang berbeza, namun kurang dimanfaatkan.

ASEAN-BAC Umum 12 Inisiatif Untuk Pacu Pertumbuhan Serantau Dan Jalin Kerjasama

GEORGE TOWN, 16 Jan (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) telah mengumumkan 12 inisiatif strategik termasuk rangka kerja Entiti Perniagaan ASEAN (ABE) untuk meningkatkan integrasi ekonomi, keterangkuman dan kerjasama serantau.

Forum Kewangan Masa Depan 2025: Inisiatif ARIM Perkasa Generasi Pemimpin Akan Datang

JOHOR BAHRU, 15 Jan (Bernama) -- Forum Kewangan Masa Depan 2025 merupakan inisiatif oleh AmanahRaya Investment Management (ARIM) yang direka untuk melengkapkan pelajar universiti dengan kemahiran celik kewangan yang penting.

BMI Unjur Ekonomi Malaysia 2024 Berdaya Tahan Pada 5.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- BMI, syarikat Fitch Solutions, mengunjurkan ekonomi Malaysia pada 2024 berdaya tahan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar 5.0 peratus, disokong oleh pelaburan dan penggunaan yang kukuh.

Kepengerusian ASEAN Malaysia Perkukuh Perdagangan Minyak Sawit, Kerjasama Serantau - MPOB

PUTRAJAYA, 14 Jan (Bernama) -- Perdagangan minyak sawit adalah tonggak kepada aktiviti ekonomi ASEAN, justeru Malaysia komited untuk memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.