1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) bersedia untuk mengukuhkan peranan dalam ekosistem Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) dengan menyediakan pembiayaan kepada syarikat Malaysia yang layak, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
1tahun ago
Oleh M. Saraswathi
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bagi syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB), kedudukan kewangan kukuh, disokong oleh lembaran imbangan yang sihat, hutang rendah dan aliran tunai kukuh, membolehkannya memperuntukkan modal ke arah peningkatan infrastruktur, penyelidikan dan pembangunan serta penambahbaikan operasi yang memberi manfaat kepada pengguna.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Langkah yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025 bertujuan membentuk semula ekonomi dengan merangsang pertumbuhan dan menarik pelaburan berkualiti, menurut penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial, kata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang menyiapkan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu yang disasar diumumkan seawal Suku Pertama 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Ekonomi telah memulakan gerak kerja Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada suku ketiga 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Peruntukan dana pembiayaan sebanyak RM470 juta bagi menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang diteraju wanita akan berperanan penting membantu usahawan wanita memperoleh modal kerja, membeli aset dan meluaskan kapasiti perniagaan ke peringkat lebih tinggi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- 10 pemenang dalam Program Pemecut Selangor (SAP 2024) akan bersama lebih 190 syarikat pemula niaga lain yang turut menyertai program itu sejak dilancarkan pada 2018.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank (Kenanga IB) melihat Belanjawan 2025 sebagai pengembangan sederhana, kerajaan menyasarkan untuk mencapai keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan penyatuan fiskal.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Persidangan Pendigitalan PKS TikTok Shop, usaha kerjasama antara Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital (SDEC) Selangor 2024 dan TikTok Shop menyasarkan untuk mewujudkan ekosistem kukuh bagi menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Industri semikonduktor Malaysia dijangka terus kukuh dengan pelbagai inisiatif digariskan di bawah Belanjawan 2025, termasuk Inisiatif Daya Tahan Rantaian Bekalan dan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pengumuman peruntukan sebanyak RM2.184 bilion kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam Belanjawan 2025 dilihat sebagai mengiktiraf keberkesanan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dalam memacu potensi global industri Malaysia.