Terdapat 1685 berita berdasarkan kata kunci carian " komitmen"

Bio Eneco Perkukuh Rangkaian Biojisim, Buka Kilang Ketiga Di Gebeng

KUANTAN, 10 Feb (Bernama) -- Kilang Bio Eneco Sdn Bhd yang baru beroperasi di Gebeng di sini mampu memproses sehingga 20,000 tan hasil sisa kelapa sawit sebulan dengan hasilnya disasarkan untuk dieksport ke Jepun, Thailand dan Filipina. 

Kinergy Meterai VPPA Tenaga Hidro Dengan Safran

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga mampan Kinergy Advancement Bhd memeterai perjanjian pembelian tenaga maya korporat (VPPA) dengan Safran Landing Systems Malaysia untuk memanfaatkan aset tenaga hidro bagi menyediakan bekalan tenaga hijau yang stabil dan boleh dijadualkan.

Rahim & Co, Chestertons Dari UK Bekerjasama Perkukuh Perkhidmatan Hartanah Global

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Rahim & Co International Property Consultants Sdn Bhd mengumumkan kerjasama strategik bersama Chestertons Global yang berpangkalan di United Kingdom bagi memperkukuh perkhidmatan hartanah di Malaysia dan seluruh dunia.

Pelan Induk Dan Pelan Tindakan Pelaburan JS-SEZ Dilancar 30 Mac Ini Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 9 Feb (Bernama) -- Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan dilancarkan pada 30 Mac ini di Johor Bahru.

Malaysia Ulangi Komitmen Untuk Kekal Sebagai Pembekal Minyak Sawit Boleh Dipercayai Ke India

PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengulangi komitmen Malaysia untuk kekal sebagai pembekal minyak sawit mampan yang boleh dipercayai kepada India.

McDonald's Malaysia Akan Labur RM1 Bilion Dalam Tempoh Lima Tahun

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- McDonald’s Malaysia merancang untuk melabur RM1 bilion bagi membuka 100 restoran baharu, memodenkan cawangan sedia ada dan memperkukuh keupayaan digital dalam tempoh lima tahun akan datang.

Lawatan Modi Ke Malaysia Dijangka Kukuhkan Lagi Hubungan Dua Hala

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri India Narendra Modi ke Malaysia esok dijangka mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-India berikutan hubungan dua hala yang dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada 2024 terutama dalam perdagangan dan kerjasama ekonomi merentas pelbagai sektor, kata penganalisis.

ART Hantar Isyarat Keyakinan Pelabur AS Di Malaysia - Duta

GEORGE TOWN, 6 Feb (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menghantar isyarat kukuh mengenai keyakinan ekonomi jangka panjang selain dijangka terus menggalakkan pelaburan AS, khususnya dalam sektor semikonduktor serta pembuatan di Pulau Pinang.

UDA Optimis Prospek Pasaran Hartanah 2026 Kekal Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- UDA Holdings Bhd optimis prospek pasaran hartanah negara kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan lebih bersasar tahun ini, dipacu oleh pelbagai inisiatif utama yang dilaksanakan kerajaan dalam merangsang pemilikan serta mengekalkan kestabilan pasaran domestik.

ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Baharu, Gabungan Inovasi Jam Tangan Dan Gaya Moden

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- ICE-WATCH Malaysia hari ini melancarkan tiga koleksi jam tangan baharu, ICE smart TKS 2.0, Chouchou dan ICE Mimi, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perkembangan jenama tersebut di pasaran Malaysia.

Perjanjian ART Akan Berkuat Kuasa Selepas Malaysia, AS Bertukar Notis Bertulis

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) hanya akan berkuat kuasa selepas Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bertukar notis bertulis berdasarkan Artikel 7.2 ART.

Kerajaan Selesai Bayar Balik Lebihan Cukai RM22.45 Bilion Pada 2025, Tertinggi Dalam Lima Tahun

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kerajaan telah menyelesaikan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM22.45 bilion pada 2025, tertinggi dalam tempoh lima tahun, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.