Brunei Berminat Teroka Kerjasama Dengan Sarawak Dalam Inisiatif Tenaga Bersih
KUCHING, 25 Feb (Bernama) -- Brunei berhasrat untuk meneroka peluang kerjasama baharu dengan Sarawak bagi memajukan inisiatif tenaga bersih.
KUCHING, 25 Feb (Bernama) -- Brunei berhasrat untuk meneroka peluang kerjasama baharu dengan Sarawak bagi memajukan inisiatif tenaga bersih.
KUCHING, 23 Feb (Bernama) -- Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
BANGI, 22 Feb (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUCHING, 18 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan bersepakat supaya semua pihak menghormati undang-undang persekutuan dan negeri berkaitan aktiviti pembangunan petroleum dan gas di negeri ini, dengan Petronas dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) bekerjasama sebagai rakan kongsi untuk memajukan kepentingan dan hasil negara dan negeri.
KUCHING, 18 Feb (Bernama) -- Sebanyak enam lagi cawangan Affin Bank Bhd akan dibuka di Sarawak menjelang Julai ini menjadikan kesemuanya 14 cawangan di negeri itu, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali.
KUCHING, 14 Feb (Bernama) -- Sarawak Energy Bhd (SEB) telah mentauliahkan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri Skala Utiliti Pertama Malaysia (BESS) di Loji Tenaga Sejingkat.
KUCHING, 12 Feb (Bernama) -- Kerajaan Sarawak hari ini memeterai perjanjian jual beli dengan Malaysia Aviation Group (MAG), sekali gus memuktamadkan pengambilalihan MASwings yang kini dinamakan sebagai AirBorneo.
SINGAPURA, 10 Feb (Bernama) -- Kaedah pembinaan bagi projek kabel elektrik dasar laut berkapasiti 1,000 megawatt (MW) dari Sarawak ke Singapura dijangka dimuktamadkan pada suku pertama tahun ini, menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KUCHING, 10 Feb (Bernama) -- Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KUCHING, 7 Feb (Bernama) -- Pembelian syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd, anak syarikat Malaysian Aviation Group (MAG) oleh kerajaan negeri Sarawak bakal dimuktamadkan menerusi satu perjanjian yang akan dimeterai pada 12 Feb, 2025.
KUCHING, 15 Jan (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
Daripada Kamarul Ariffin Md Yassin
ABU DHABI, 14 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya isu berkaitan Petronas dan Petros mengenai hak pengagihan gas di Sarawak telah diselesaikan menerusi beberapa siri rundingan termasuk pertemuan beliau dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.