Terdapat 38 berita berdasarkan kata kunci carian " broker"

SC Dan Bursa Malaysia Siasat Kejadian Akses, Dagangan Tidak Dibenarkan

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd telah menerima laporan daripada beberapa broker yang mendakwa pelanggan gagal melakukan log masuk serta insiden akses dan aktiviti perdagangan tidak dibenarkan menerusi akaun dagangan dalam talian pelanggan yang terhad.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang positif, didorong oleh pendapatan korporat yang menggalakkan terutamanya daripada syarikat induk Google, Alphabet Inc yang mencatatkan prestasi lebih tinggi daripada jangkaan.

Rakuten Trade Tawar Yuran Pembrokeran Baharu Bagi Dagangan Saham AS

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd (Rakuten Trade) melancarkan perkhidmatan pertama dalam pasaran, yang menawarkan yuran broker tergabung bagi dagangan saham Amerika Syarikat (AS).

BNM Ambil 326 Tindakan Penyeliaan & Penguatkuasaan, Kenakan Penalti RM18.9 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Sebanyak 326 tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan diambil pada 2024, dengan kebanyakannya melibatkan pencegahan pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan pencegahan pembiayaan percambahan (AML/CFT/CPF), menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Pesara Perlu Peruntuk Sedikit Simpanan Dalam Pelaburan Jana Hasil Pulangan Tinggi - SC

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) – Pesara harus mengalihkan sebahagian kecil daripada simpanan mereka ke dalam instrument pasaran modal yang boleh memberi hasil lebih tinggi untuk meningkatkan kecukupan persaraan mereka dan bukan sebaliknya memegang tunai di tangan.

FBM KLCI Dijangka Kekal Antara 1,570 Dan 1,600 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu depan berikutan kekurangan pemangkin baharu, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari Selasa, disokong oleh aktiviti belian dalam saham wajaran tinggi terpilih khususnya dalam produk dan perkhidmatan perindustrian, utiliti dan perkhidmatan kewangan.

Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Pagi Tidak Berubah

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan tidak berubah, seiring prestasi pasaran serantau dalam persekitaran prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur.

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini, disokong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran prestasi yang lebih lemah di pasaran serantau.

SC Tambah 19 Entiti Klon Berpotensi, Lapan Entiti Tidak Sah Dalam Senarai Peringatan Pelabur

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur dengan menambah 19 entiti klon yang berpotensi dan lapan entiti yang tidak sah setakat 18 Okt, 2024.

oPengecualian Cukai Pendapatan Entiti Perdagangan Labuan Diperluas -- MoF

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai pendapatan kepada entiti perdagangan Labuan yang menjalankan aktiviti kewangan Islam, diperluas kepada aktiviti perniagaan takaful Labuan dan aktiviti berkaitan takaful Labuan yang layak, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Public Bank Cadang Ambil Alih 44.5 Peratus Pegangan Dalam LPI Capital Bernilai RM1.72 Bilion

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Public Bank Bhd bercadang untuk mengambil alih 44.15 peratus daripada kepentingan ekuiti dalam LPI Capital Bhd untuk pertimbangan tunai berjumlah RM1.72 bilion atau RM9.80 sesaham.