8hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) menyambut baik pelancaran Pelan Induk Pasaran Modal 2026-2030 (CMP), menyifatkan sasaran untuk mengembangkan pasaran modal negara kepada RM5.8 trilion hingga RM6.3 trilion menjelang 2030 sebagai “tepat pada masanya”.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Fasa seterusnya pembangunan pasaran modal Malaysia akan dipacu oleh Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 yang menyasarkan pengembangan saiz pasaran antara RM1.5 trilion hingga RM2 trilion dalam tempoh lima tahun akan datang.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Susulan lonjakan harga minyak global hari ini, kerajaan di Asia menghadapi peningkatan risiko fiskal dan inflasi memandangkan rantau ini masih bergantung kepada import tenaga secara struktur, menurut OCBC.
8hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah secara keseluruhannya pada Isnin sejajar dengan penjualan meluas di pasaran serantau apabila konflik yang semakin meruncing di Timur Tengah menjejaskan sentimen pelabur dan menimbulkan semula kebimbangan mengenai inflasi global.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Velesto Energy Bhd memulakan langkah penubuhan program Sukuk Wakalah dengan had gabungan sehingga RM1.0 bilion dengan mengemukakan dokumen diperlukan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia akan berkembang menjadi hab produk dengan produk khusus bertemakan ASEAN termasuk dana dagangan bursa (ETF) patuh Syariah, dana beretika, mampan dan infrastruktur, melalui pelaksanaan Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030 (CMP).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia kini perlu melakukan lonjakan dengan aspirasi baharu dan kejelasan tujuan untuk mengekalkan keyakinan, mengukuhkan penyertaan serta memanfaatkan sepenuhnya potensi pasaran modal negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) sedang mengkaji semula mekanisme dan struktur bagi meningkatkan kawalan individu terhadap simpanan persaraan mereka berikutan sasaran untuk memperluas rangkaian tawaran berfokus persaraan untuk memudahkan pengurusan kekayaan secara lebih aktif.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 hari ini.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti di Bursa Malaysia minggu lepas, mengakhiri aliran jualan bersih selama dua minggu berturut-turut dan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM411.4 juta.
11hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- ASEAN perlu menggerakkan kumpulan dana serantaunya yang besar untuk memenuhi keperluan pelaburan blok ini di samping mewujudkan juara korporat, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
12hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih tinggi seiring prestasi ekuiti serantau, dipacu oleh aktiviti memburu saham berharga rendah selepas indeks utama mencecah seketika di bawah paras psikologi 1,700 dalam sesi dagangan sebelum ini.