BERITA TERKINI   Agong perkenan gelaran Tan Sri kepada Mohd Isa Samad ditarik balik berkuat kuasa 8 Jun 2026 - JPM | 

Terdapat 30 berita berdasarkan kata kunci carian " data inflasi as"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan pada Jumaat lepas berikutan ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang menekankan prospek ekonomi kukuh di sebalik kebimbangan mengenai inflasi yang tinggi dalam persekitaran dasar perdagangan baharu.

Ringgit Diniagakan Berhati-hati Menjelang Pengumuman Minit Mesyuarat FOMC

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar US pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 20 Februari ini.

Pasaran Getah KL Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini seiring dengan penyusutan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keputusan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan mata wang itu terus meningkat menjelang kenyataan yang akan dikeluarkan oleh pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) minggu ini dan penerbitan data inflasi AS esok, kata seorang ahli ekonomi. 

Ringgit Dibuka Tidak Berubah Ketika Pelabur Berhati-hati Terhadap Risiko Pilihan Raya AS

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini berikutan risiko yang akan muncul menjelang pilihan raya Amerika Syarikat (AS) minggu depan yang menyebabkan pelabur berhati-hati.

Ringgit Meningkat Semula Untuk Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup sedikit tinggi pada Jumaat, apabila data inflasi AS yang lebih tinggi daripada jangkaan pasaran menyebabkan dolar AS mengalami penurunan.