BERITA TERKINI   Presiden Iran hargai pendirian konsisten Malaysia junjung keamanan dan keadilan, undang PM Anwar ke Tehran | Malaysia hargai dukungan, kerjasama Iran bantu pelepasan kapal milik negara di Selat Hormuz - PM Anwar | PM Anwar harap ketegangan di Iran dihentikan melalui jalan damai, hikmah dan diplomasi bertanggungjawab | PM Anwar ucap Eid Mubarak kepada Presiden Iran, sampaikan salam persaudaraan dan doa rakyat Malaysia | 

Terdapat 32 berita berdasarkan kata kunci carian " hari pekerja"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Walaupun Wall Street Catat Kenaikan

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan pelabur kembali selepas cuti dengan minat yang berkurangan, mengabaikan kenaikan semalaman di Wall Street yang didorong oleh pendapatan kukuh daripada Microsoft dan Meta.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, diniagakan dalam julat yang lebih meluas dalam ketidaktentuan berterusan berikutan tarif global dan data ekonomi yang lemah, kata ahli ekonomi.

Pulau Pinang Catat Pelaburan Pembuatan Diluluskan Bernilai RM17.3 Bilion Pada 2024 - Ketua Menteri

GEORGE TOWN, 1 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan dan inovasi teknologi utama Malaysia dengan pelaburan pembuatan yang diluluskan bernilai RM17.3 bilion pada 2024.

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Dalam Dagangan Bercampur-campur

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Susulan Kelemahan Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu ketika Indeks Dolar AS (DXY) kekal di bawah paras 100 mata susulan permintaan yang lemah, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan kenaikan Wall Street dipacu oleh kemerosotan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan penurunan tarif oleh Rumah Putih termasuk penarikan semula tarif berkaitan kereta sebanyak 25 peratus.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Khamis Sempena Cuti Umum Hari Pekerja

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada Khamis ini (1 Mei) sempena cuti umum menyambut Hari Pekerja.

Prospek Berhati-hati Bagi Bursa Malaysia Minggu Depan Susulan Pelabur Tunggu Respons Terhadap Tarif AS

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan prospek berhati-hati minggu depan, bergerak dalam jajaran kecil antara 1,513 dan 1,515 berikutan pelabur menunggu kejelasan mengenai respons strategik Malaysia terhadap pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini daripada sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei.