15hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan peningkatan hari ini, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan, melepasi paras yang tinggi direkodkan sebelumnya pada 1,642.54 pada 22 Okt 2024 , disokong oleh aktiviti pembelian menyeluruh daripada pelabur institusi tempatan.
15hari ago
KOTA KINABALU, 15 Dis (Bernama) -- Sabah perlu membangunkan industri perikanan laut dalam secara menyeluruh berdasarkan rantaian nilai merangkumi infrastruktur pendaratan, kemudahan pemprosesan berteknologi tinggi, sistem logistik sejuk serta akses pasaran eksport.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Halogen Capital Sdn Bhd melengkapkan pusingan pembiayaan RM13.3 juta (US$3.2 juta) dengan Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) muncul sebagai pemegang saham institusi terbesar serta memegang 14.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu.
15hari ago
KOTA KINABALU, 15 Dis (Bernama) -- Industri logistik dan pengangkutan di Sabah dan Labuan menjadi tumpuan malam tadi apabila Seksyen Institut Logistik dan Pengangkutan Bertauliah Malaysia (CILTM) Sabah memberi pengiktirafan terhadap kecemerlangan industri berkenaan.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan aliran belian bersih mereka di pasaran Asia untuk minggu kedua berturut-turut bagi minggu berakhir 12 Dis 2025, dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak US$949.8 juta.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah pada akhir minggu lepas.
16hari ago
KOTA KINABALU, 14 Dis (Bernama) -- Institut Bertauliah Logistik dan Pengangkutan Malaysia (CILTM) Seksyen Sabah mengesahkan kedudukannya sebagai peneraju utama industri dalam membentuk pembaharuan logistik dan pengangkutan Sabah, selepas memberikan sokongan berterusan, pembangunan profesional dan penglibatan dasar selama dua dekad.
16hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Malaysia memasuki tahun 2025 dalam keadaan kekangan fiskal, pembaharuan subsidi, perdagangan global tidak menentu dan ringgit yang rendah tetapi ekonomi negara terus berkembang walaupun prospek secara keseluruhannya kekal berhati-hati.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Tinjauan bagi penerapan piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) oleh syarikat-syarikat di Malaysia kelihatan sangat positif tahun depan, sebahagian besarnya disebabkan oleh inisiatif dasar praktikal yang diperkenalkan tahun ini, seperti cukai karbon, peningkatan pelaporan ESG dan inisiatif kemampanan yang meningkat.
17hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan aliran meningkatnya dan melepasi semula paras halangan 1,640 minggu depan, selepas kali terakhir mencapai paras yang tinggi pada 1,642.33 mata pada 31 Dis 2024.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kebanyakannya prestasi positif Wall Street.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Langkah Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) untuk menaik taraf status Malaysia kepada status “Regular Follow-Up” iaitu kategori tertinggi di bawah proses penilaian bersama, mencerminkan komitmen dan usaha menyeluruh negara, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.