Terdapat 29 berita berdasarkan kata kunci carian " istanbul"

Lembaga Pengarah Bebas MAHB Letak Jawatan Berkuat Kuasa Pada Tarikh Penyahsenaraian

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Kesemua lima pengarah bebas bukan eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengemukakan peletakan jawatan mereka susulan penyahsenaraian syarikat itu daripada Bursa Malaysia berikutan pengambilalihan oleh Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA).

Syarikat Penerbangan Dan Destinasi Baharu Pacu Kesalinghubungan Lapangan Terbang Pada 2024 - MAHB

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pertumbuhan ketara dalam sektor penerbangan pada 2024, didorong oleh pertambahan 12 syarikat penerbangan baharu, 16 penerbangan yang disambung semula dan 24 destinasi baharu, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Usaha Diselaras, Perkongsian Ilmu Negara Anggota OIC Penting Dalam Transformasi Digital 

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

ISTANBUL, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia percaya usaha diselaraskan dan perkongsian pengetahuan dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) adalah penting untuk memacu gelombang transformasi digital yang akan datang, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Negara Anggota OIC Perlu Galak Kerjasama Dalam Ekosistem Kewangan - Fahmi

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

ISTANBUL, 4 Nov (Bernama) -- Negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu mengutamakan perkongsian amalan terbaik dan menggalakkan kerjasama teguh dalam kalangan negara Islam untuk membangunkan ekosistem kewangan moden, cekap dan inklusif, yang berkesan menghentikan kaedah tradisi lapuk.

Fahmi Tiba Di Turkiye Bagi Lawatan Kerja Tiga Hari, Wakil Asia Di COMCEC

Daripada S. Kisho Kumari

ISTANBUL, 3 Nov (Bernama) – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan kerja tiga hari ke Turkiye, termasuk menghadiri Sesi Ke-40 Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Komersial (COMCEC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).