Terdapat 1239 berita berdasarkan kata kunci carian " jualan "

Jualan Sektor Pembuatan Naik 4.2 Peratus Kepada RM1.97 Trilion Pada 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan berjumlah RM1.97 trilion pada 2025, kenaikan 4.2 peratus daripada RM1.89 trilion dicatatkan pada 2024, manakala jualan pada Disember tahun lepas meningkat 6.4 peratus tahun ke tahun sebanyak RM168.6 billion.

Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut, mencatatkan aliran masuk asing bersih sebanyak RM15.0 juta, hampir sama dengan RM12.8 juta dicatatkan seminggu sebelumnya, kata MBSB Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin selepas kenaikan di Wall Street dan pasaran utama Asia didorong indeks meningkat semula dengan ketara selepas jualan dicatatkan minggu lepas, kata penganalisis.

Keenakan Produk Yuzu Dari Jepun Kini Boleh Didapati Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Peminat “yuzu” di Malaysia akan dapat menikmati rasa dan aroma buah sitrus dari Jepun kerana produk yuzu dari Umaji Village di Wilayah Kochi, di pulau Shikoku selatan Jepun, dibawa ke Malaysia buat kali pertama.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dengan Belian Saham Murah Terpilih Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan aktiviti pembelian saham murah terpilih walaupun tanpa keadaan teknikal terlebih jual, susulan tiga sesi penurunan berturut-turut, kata seorang ahli ekonomi.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Antara US$4,800 Hingga US$4,900 Minggu Hadapan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan antara US$4,800 hingga US$4,900 seaun minggu hadapan, kata seorang pakar ekonomi.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan.

Bursa Malaysia Ditutup Paras Tertinggi Harian Disokong Aktiviti Belian Saat Akhir

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih dengan ditutup pada paras tertinggi harian pada Jumaat, didorong oleh aktiviti belian pada saat akhir dalam kaunter wajaran tinggi terpilih.

Trend Tukar Beli Barang Kemas Meningkat, Pacu Jualan Pada Masa Depan - Tomei

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Tomei Consolidated Bhd menjangkakan bahawa aktiviti tukar beli barang kemas emas akan meningkat secara berterusan apabila pengguna mengambil peluang untuk memperbaharui koleksi barang kemas mereka untuk musim perayaan yang akan datang, disokong oleh harga emas yang lebih kukuh.

Data Ekonomi Akan Datang Dijangka Menyokong Tinjauan Pertumbuhan - Kenanga Investment

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Data domestik akan datang, termasuk Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI), data buruh, jualan runcit dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku keempat, dijangka mengukuhkan naratif pertumbuhan sokongan Malaysia, kata Kenanga Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan penurunan pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor produk perindustrian dan perkhidmatan, pengangkutan dan logistik serta perkhidmatan kewangan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang sederhana di kaunter terpilih, seiring dengan penurunan semalaman Wall Street dalam sentimen berhati-hati global yang berterusan.