1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Oriental Holdings Bhd (OHB) dan anak syarikatnya (secara kolektif dikenali sebagai OHB Group) berhasrat untuk membeli Bayview Beach Resort Penang, Bayview Hotel Georgetown dan Bayview Hotel Langkawi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan mengunjurkan kebergantungan kepada hasil berkaitan petroleum adalah lebih rendah pada kadar 12.5 peratus untuk 2026 berbanding 16.9 peratus pada 2025, menurut Kementerian Ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd berjaya melaksanakan terbitan sulung Sukuk Wakalah Merdeka Lestari di bawah Program Sukuk Wakalah Merdeka sehingga RM6 bilion nilai nominal sebagai sebahagian daripada strategi kepelbagaian pembiayaannya.
1bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit dilihat bergerak ke paras 4.00 hingga 4.15 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025, selepas mengukuh enam peratus berbanding unit negara maju itu, sekali gus menjadikannya mata wang berprestasi terbaik dalam kalangan ASEAN selain mengesahkan lagi trajektori pengukuhannya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Pembina Pipeline Corporation dari Kanada memeterai perjanjian 20 tahun bagi menggunakan kapasiti pencairan gas asli cecair (LNG) sebanyak 1.0 juta tan setahun (mtpa) di kemudahan Cedar LNG, menerusi anak syarikat masing-masing.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan AmInvest hari ini melancarkan dana dagangan bursa (ETF) FTSE4Good Bursa Malaysia yang pertama dan satu-satunya di negara ini yang memenuhi kriteria pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Tiga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menerima Anugerah SME Venture@ASEAN 2025 yang julung kali diadakan sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlang mereka dalam prestasi perniagaan, inovasi dan daya saing eksport.
1bulan ago
KLANG, 1 Nov (Bernama) -- Pusat borong terbesar GM Klang secara rasmi melanjutkan waktu operasi baharu iaitu dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari bermula malam ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) – Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang sudah melabuhkan tirai, terbukti menyerlahkan Malaysia dalam pelbagai perspektif daripada sekadar menjadi pentas diplomatik.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) mengalu-alukan pengecualian tarif yang diberikan oleh Amerika Syarikat (AS) untuk produk terpilih Malaysia termasuk minyak sawit di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang baru dimeterai.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Indeks Pelopor Malaysia (IP) mencatatkan penurunan sebanyak 0.5 peratus kepada 113.7 mata pada Ogos 2025 daripada 114.3 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUCHING, 23 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) memperkukuh usaha untuk mempercepat penerimagunaan teknologi dan pembiayaan inovasi bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pemula niaga di Sarawak melalui program Road2Growth (R2G) Sarawak 2025.