7bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berpotensi meningkat kepada 4.6 peratus berbanding 4.0 peratus pada unjuran awal, sekiranya tarif perdagangan menyeluruh Amerika Syarikat (AS) dimansuhkan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini, didorong oleh jualan di kaunter wajaran tinggi utiliti, produk pengguna dan perkhidmatan berikutan sentimen berhati-hati yang berpanjangan berkaitan tarif perdagangan global.
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan terdapat minat belian baharu, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif, kata penganalisis.
7bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh keyakinan pelabur yang lebih baik terhadap mata wang pasaran sedang pesat membangun selepas sebuah mahkamah di Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara keputusan untuk menyekat sebahagian besar tarif import era Trump, kata penganalisis.
7bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Sentimen pelabur bertambah baik susulan keputusan Mahkamah Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (AS) menghalang sebahagian besar tarif Presiden AS, Donald Trump terhadap import ke negara itu.
7bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meningkat selepas mahkamah perdagangan AS menyekat kebanyakan tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump ke atas import ke negara itu.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada sesi pagi dalam dagangan tidak menentu, berikutan sentimen pasaran lebih berhati-hati meskipun pasaran global mencatatkan peningkatan susulan keputusan mahkamah Amerika Syarikat (AS) yang menggantung pelaksanaan tarif Presiden Donald Trump.
8bulan ago
KUCHING, 12 April (Bernama) -- Prestasi operasi Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) terus menunjukkan peningkatan ketara meskipun berdepan prosiding undang-undang yang sedang berlangsung, kata Penasihat Undang-Undang Kumpulan, Izzam Ibrahim.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi penjual bersih di lapan pasaran Asia minggu lepas, mencatatkan aliran keluar bersih yang tinggi sebanyak US$7.12 bilion (RM31.68 bilion, US$1 = RM4.45), dengan Korea Selatan dan India menerima tekanan jualan yang paling tinggi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Sapura Energy Bhd kembali meraih keuntungan dengan mencatat keuntungan bersih sebanyak RM189.53 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2025, berbanding kerugian bersih sebanyak RM508.66 juta setahun lepas.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Velesto Energy Bhd bercadang untuk mengurangkan modal sebanyak RM1.2 bilion bagi mengimbangi sebarang kerugian terkumpul syarikat.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad and Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Pelaburan kerajaan sebanyak RM1.1 bilion dalam Sapura Energy Bhd (SEB) disifatkan memberi harapan yang amat penting bagi vendor-vendor yang bergelut dengan masalah aliran tunai serius disebabkan bayaran tertunggak berjumlah lebih RM10 juta.