BERITA TERKINI   Dua penguat kuasa MBPP cedera selepas belon berisi gas ringan yang dirampas meletup dan terbakar di Lebuh Union semalam - MBPP | 

Terdapat 135 berita berdasarkan kata kunci carian " mohd uzir mahidin"

FDI Ke Malaysia Melonjak Kepada RM8.5 Bilion Pada Suku Ketiga 2025 -- Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Aliran masuk bersih pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia melonjak kepada RM8.5 bilion pada suku ketiga 2025 daripada RM1.6 bilion pada suku kedua 2025, disokong oleh suntikan ekuiti yang lebih besar, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Harga Seunit Besi Meningkat 0.6-2.5 Peratus Pada Oktober 2025

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Indeks harga seunit besi meningkat antara 0.6 peratus sehingga 2.5 peratus bulan lepas berbanding September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengeluaran Getah Asli Susut 14.8 Peratus Pada September 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pengeluaran getah asli susut sebanyak 14.8 peratus kepada 26,647 tan pada September 2025 daripada 31,285 tan pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Perdagangan Borong, Runcit Meningkat 6.6 Peratus Pada September 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia pada September 2025  merekodkan jumlah jualan sebanyak RM158 bilion pada September, dengan pertumbuhan 6.6 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Hasil Sektor Perkhidmatan Meningkat 6.3 Peratus Pada Suku Ketiga 2025 Kepada RM657.7 Bilion - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Hasil sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 6.3 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2025 kepada RM657.7 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jualan Sektor Pembuatan Naik 3.5 Peratus Kepada Rm500.1 Bilion Pada Suku Ketiga 2025

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Jualan sektor pembuatan mencecah RM500.1 bilion pada suku ketiga 2025, menunjukkan pertumbuhan 3.5 peratus (S2 2025: 3.4 peratus), menurut Perangkaan Pembuatan Bulanan, Malaysia bagi September 2025  

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia Meningkat 1.0 Peratus Pada Suku Ketiga - DOSM

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Perkhidmatan Malaysia meningkat 1.0 peratus pada suku ketiga 2025, mengekalkan kadar yang sama seperti suku sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Susut 0.8 Peratus Pada September 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, mencatat penurunan kecil 0.8 peratus pada September 2025, berkurangan daripada penurunan 2.8 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Pelopor Malaysia Turun 0.5 Peratus Pada Ogos 2025 – DOSM

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Indeks Pelopor Malaysia (IP) mencatatkan penurunan sebanyak 0.5 peratus kepada 113.7 mata pada Ogos 2025 daripada 114.3 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Inflasi Malaysia Meningkat 1.5 Peratus Pada September 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.5 peratus pada September 2025 dengan mata indeks mencatatkan 135.2 berbanding 133.2 pada tempoh sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

KDNK Suku-3 Malaysia Diunjur Berkembang 5.2 Peratus - DOSM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -  Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.2 peratus pada Suku Ketiga 2025, peningkatan daripada pertumbuhan 4.4 peratus pada suku sebelumnya, demikian menurut anggaran awal keluaran dalam negara kasar (KDNK) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jualan Sektor Pembuatan Cecah RM168.3 Bilion, Naik 2.7 Peratus Pada Ogos 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan jualan berjumlah RM168.3 bilion pada Ogos 2025, berkembang 2.7 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).