Terdapat 79 berita berdasarkan kata kunci carian " pasaran saham"

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti belian saham berharga rendah serta prestasi positif semalaman Wall Street.

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak pengukuhan dolar AS susulan peningkatan keyakinan pengguna di negara maju itu serta kebimbangan berterusan terhadap isu tarif global.

Pasaran Kewangan Tempatan Kekal Berdaya Tahan Di Sebalik Ketidaktentuan Global - BNM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pasaran kewangan domestik kekal berdaya tahan dan terus menjadi pengantara dengan berkesan di sebalik ketidaktententuan global, kata Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam kalangan kaunter berkaitan indeks, menjejaki prestasi kurang memberangsangkan niaga hadapan pasaran saham Amerika Syarikat (AS).

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX), ketika pelabur mencari aset selamat di tengah-tengah kebimbangan terhadap kestabilan politik dan ekonomi global, kata Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Pasaran Saham Malaysia Kekal Berdaya Tahan Dalam Persekitaran Tekanan Global - Abdul Wahid

KUALA LUMPUR 14 April (Bernama) -- Pasaran saham negara diyakini kukuh meskipun berdepan tekanan global susulan pengumuman tarif baharu Amerika Syarikat, kata Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Tarif - Musuh Tidak Diundang, Tindakan Sepihak Cetus Celaru Dagangan

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Pada masa ini hampir seluruh golongan dewasa dan ramai golongan muda mungkin telah terbaca mahupun mendengar mengenai “tarif” sama ada menerusi berita, media sosial atau perbualan harian sejak 2 April lepas.

Ringgit Pulih Selepas Penangguhan Tarif 90 Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, menamatkan tiga hari penurunan berturut-turut susulan pengumuman Presiden AS, Donald Trump mengenai penangguhan tarif timbal balik selama 90 hari untuk semua negara kecuali China.

Prestasi Kewangan Kukuh LTAT Cerminkan Pengurusan Yang Efektif - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memaparkan prestasi kewangan yang kukuh menerusi pembayaran dividen tertinggi dalam tempoh tujuh tahun sekali gus mencerminkan keupayaan pengurusannya yang berkesan, kata ahli ekonomi.

Pelabur Asing Pilih Aset Malaysia Yang lebih Selamat Ketika Pasaran Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Pasaran saham yang tidak menentu, didorong oleh ketidaktentuan ekonomi global dan perubahan dasar menyebabkan pelabur terkesan, justeru menggalakkan peralihan kepada dana pasaran wang domestik untuk kestabilan.

Rakuten Trade Tawar Yuran Pembrokeran Baharu Bagi Dagangan Saham AS

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd (Rakuten Trade) melancarkan perkhidmatan pertama dalam pasaran, yang menawarkan yuran broker tergabung bagi dagangan saham Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan prestasi positif sehingga tengah hari pada Rabu, disokong oleh minat belian dalam kebanyakan saham berwajaran tinggi memandangkan sentimen pasaran terus bertambah baik, kata penganalisis.