Terdapat 106 berita berdasarkan kata kunci carian " pekebun kecil"

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Susut 37.3 Peratus Pada April 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia menurun sebanyak 37.3 peratus kepada 18,008 tan pada April 2025 daripada 28,739 tan pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Kerajaan Salur Lebih RM1.62 Juta Bantu Pekebun Kecil Sawit Sabah -- Chan

KOTA KINABALU, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan telah menyalurkan bantuan bernilai lebih RM1.62 juta kepada 21 pekebun kecil sawit persendirian melibatkan keluasan 90.32 hektar bagi tujuan penanaman semula di kawasan pedalaman Sabah.

LGM Aktifkan Insentif Getah Bagi Mei Di Sabah Dan Sarawak

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi pekebun kecil telah diaktifkan di Sabah dan Sarawak untuk Mei 2025, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Izzana Salleh Dilantik Sebagai Setiausaha Agung Baharu CPOPC

JAKARTA, 28 Mei (Bernama) -- Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) melantik Izzana Salleh sebagai setiausaha agung baharunya dan Dr Musdhalifah Machmud sebagai timbalan, bermula Jun 2025 hingga Mei 2028.

MPOC Akan Minta Penjelasan Suruhanjaya Eropah Status 'Risiko Standard' Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) akan meminta penjelasan Suruhanjaya Eropah (EC) mengenai metodologi penanda aras penuh yang digunakan dalam penilaiannya mengenai status 'risiko standard' yang diberikan kepada Malaysia di bawah Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR).

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Susut 20.3 Peratus Pada Mac 2025

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia susut 20.3 peratus kepada 28,712 tan pada Mac 2025 berbanding 36,005 tan pada Februari 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Lembaga Getah Malaysia Aktifkan IPG Bagi April Untuk Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil telah diaktifkan bagi Sabah dan Sarawak berdasarkan pengeluaran getah pada April 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Minyak Sawit Pemacu Utama Ekonomi Malaysia, Sumbang RM114 Bilion Eksport Pada 2024 - DARE

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Sektor minyak sawit merupakan pemacu utama pembangunan ekonomi inklusif Malaysia dan kemampanan global, menjadikannya eksport pertanian negara paling bernilai, kata Pusat  Penyelidikan dan Maklumat Datametrics (DARE).

MPOB: 25 Tahun Memimpin Transformasi Industri Sawit, Harum Nama Malaysia Ke Persada Dunia

PUTRAJAYA, 2 Mei (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) komited untuk terus meneraju pembangunan sawit negara ke arah industri yang lebih pintar, mampan dan berdaya saing, selaras dengan agenda nasional memperkasa ekonomi hijau serta pendigitalan.

RISDA Temui Sumber Kekayaan Baharu Negara, Bakal Dilaksana Awal Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kini dalam proses memuktamadkan satu kajian awal terhadap usaha pembangunan produk biofuel berasaskan sekerap getah, dengan sasaran mengumumkan keberkesanan penggunaannya secara meluas seawal awal tahun hadapan. 

Sistem MSNR Trace Diwajibkan Kepada Kilang Pemproses, Pedagang Getah Berkuat Kuasa 5 Mei - LGM

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pemegang lesen bagi kategori kilang pemproses dan pedagang getah diwajibkan untuk menggunakan sistem MSNR Trace dalam melaporkan urus niaga getah asli, berkuat kuasa 5 Mei ini, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

MSPO Akan Lancar Platform Perikatan Impak Menjelang Suku Ketiga, Lonjak Nilai Pensijilan

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) akan mewujudkan Perikatan Impak MSPO menjelang suku ketiga tahun ini, satu platform pelbagai pihak berkepentingan baharu yang direka untuk meneroka dan menguji model inovatif yang meluaskan nilai pensijilan.