26hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang bermesyuarat hari ini, memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan tahun ini, dengan pertumbuhan diunjurkan mencecah 4.5 peratus, dipacu oleh penggunaan swasta yang kukuh dan sektor pelancongan.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Malaysia Airports terus memperluas akses udara antarabangsa menerusi perkhidmatan penerbangan baharu yang menghubungkan bandar-bandar utama di China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tawau, selaras dengan usaha menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Syarikat penjenamaan dan pemasaran SBS Nexus Bhd mula disenaraikan tidak berubah di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 25 sen sesaham.
29hari ago
GEORGE TOWN, 19 Jan (Bernama) -- Pulau Pinang perlu mengambil peluang yang timbul daripada peningkatan struktur ekonomi China dengan mengukuhkan kerjasama dalam pembuatan berteknologi tinggi serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim Chee Keong.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.7 peratus pada suku keempat 2025 (S4 2025), disokong oleh prestasi kukuh dalam sektor ekonomi utama dan permintaan domestik yang teguh, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
ABU DHABI, 16 Jan (Bernama) -- Komuniti perniagaan terus melihat Malaysia sebagai salah satu destinasi pelaburan yang terbaik di rantau ini, menurut Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC).
1bulan ago
GEORGE TOWN, 15 Jan (Bernama) -- Penerbangan terus berjadual antara Chongqing dan Pulau Pinang akan bermula pada 8 April dengan Chongqing Airlines mengendalikan empat perkhidmatan seminggu, seterusnya memperkukuh ketersambungan udara antara negeri itu dengan China Barat.
1bulan ago
KUALA PILAH, 14 Jan (Bernama) -- Negeri Sembilan dijangka mampu meningkatkan aliran masuk pelaburan sehingga mencecah RM8 bilion menerusi pelbagai sektor tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
BANGKOK, 13 Jan (Bernama) -- Penyedia pembayaran digital dan perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di Singapura, Ant International menyokong lebih daripada dua bilion transaksi digital rentas sempadan pada 2025 bagi pedagang merentasi pasaran membangun terasnya, termasuk Asia Tenggara, Asia Selatan, Timur Tengah dan Amerika Latin.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- AirAsia X akan dinamakan semula sebagai AirAsia dan disenaraikan sebagai saham baharu pada 19 Januari, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Sektor penjagaan kesihatan di Malaysia dijangka memperluaskan operasi selain daripada perkhidmatan hospital pada 2026 susulan beberapa penyenaraian beberapa penjagaan kesihatan mega yang dijangka dilakukan tahun ini, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB).