Terdapat 232 berita berdasarkan kata kunci carian " pembaharuan"

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tidak menentu hari ini dan ditutup hampir tidak berubah dengan indeks bergerak dalam jajaran kecil di tengah-tengah ketidaktentuan global, apabila para pelabur enggan mengambil pegangan jangka panjang.

Pembaharuan Fiskal Akan Seimbang Kemampanan Fiskal, Ekuiti Sosial

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Inisiatif pembaharuan fiskal oleh kerajaan termasuk memperluas skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan merasionalisasikan subsidi elektrik dan diesel, bertujuan memastikan kemampanan fiskal di samping melindungi kumpulan berpendapatan rendah dan sektor penting.

Laporan WEF: 65 Peratus Negara Catat Peningkatan Prestasi Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Indeks Peralihan Tenaga Forum Ekonomi Dunia (WEF) menunjukkan kemajuan terpantas sejak sebelum pandemik COVID-19, dengan 65 peratus daripada negara yang ditinjau mencatatkan peningkatan.

PM Anwar Puji Usaha KWSP Tingkat Kecukupan Pendapatan Persaraan

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji usaha Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berterusan mencari pendekatan baharu bagi meningkatkan kecukupan pendapatan persaraan rakyat Malaysia.

BNM, Kerajaan Laksanakan Inisiatif 'Reset' Tangani Peningkatan Inflasi Perubatan

KUALA LUMPUR, 17 Jun(Bernama) --Bank Negara Malaysia (BNM) dan kerajaan sedang berusaha melaksanakan inisiatif RESET untuk menangani peningkatan inflasi perubatan di Malaysia.

Pembaharuan Gaji Boleh Ringankan Tekanan Inflasi, Kos Sara Hidup - BNM

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) berkata mengawal inflasi sahaja tidak mencukupi untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup, tetapi perlunya penekanan yang mendesak untuk pembaharuan struktur dalam menangani pertumbuhan gaji yang tidak berkembang dan memastikan pendapatan seiring dengan kenaikan harga.

Malaysia Perlu Sesuaikan Dasar Untuk Jadi Ekonomi Berpendapatan Tinggi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu menyesuaikan dasarnya, mempunyai institusi kukuh dan mengekalkan hala tuju jelas untuk mencapai matlamat menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Melonjak 11 Anak Tangga Dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) --Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam Kedudukan Daya Saing Dunia (WCR) 2025 ke kedudukan ke-23, yang merupakan pencapaian terbaik negara sejak 2020, sekali gus mencerminkan momentum progresif dalam agenda pemulihan dan pembaharuan ekonomi negara.

Batik Air Perbaharui Pensijilan IOSA, Kukuhkan Komitmen Amalan Keselamatan, Keunggulan Operasi

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Syarikat penerbangan Batik Air berjaya memperbaharui pensijilan Audit Keselamatan Operasi (IOSA) yang dikeluarkan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sah sehingga 3 Jun, 2027.

EXIM Bank Perkukuh Hubungan Asia Tengah, Manfaatkan Peluang Untuk Perniagaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) akan memfokuskan tumpuan dalam mengukuhkan hubungan dengan negara Asia Tengah menerusi penglibatan strategik yang memberi manfaat kepada kalangan perniagaan Malaysia dan rakan niaga serantau.

Menteri Kewangan APEC Akan Lancarkan Pelan Hala Tuju Baharu Pada Oktober - Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Menteri-Menteri Kewangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) akan memperkenalkan pelan hala tuju baharu pada Oktober ini bagi menggantikan Pelan Tindakan Cebu, yang akan menetapkan keutamaan bagi Proses Menteri Kewangan (FMP) dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Masa Untuk Malaysia Terajui Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Ekonomi Islam - Universiti INCEIF

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Universiti INCEIF menggesa Malaysia untuk menerajui penyelidikan dan inovasi global dalam ekonomi Islam serta membina reputasinya yang mantap sebagai peneraju dalam kewangan Islam.