BERITA TERKINI   Airbus mengesahkan AirAsia tempah 150 pesawat A220, satu perjanjian bersejarah untuk model itu. | Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Selangor FC 2-1 Nam Dinh FC  | 

Terdapat 1021 berita berdasarkan kata kunci carian " pengarah"

Bahagian Awam IPO Manforce Group Terlebih Langganan 3.47 Kali

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bahagian awam tawaran awam permulaan (IPO) Manforce Group Bhd telah terlebih langganan sebanyak 3.47 kali susulan pemindahan penyenaraiannya daripada Pasaran LEAP kepada Pasaran ACE Bursa Malaysia.

SPRM Beku Beberapa Akaun Bank Padini, Anak Syarikat Susulan Siasatan

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank Padini Holdings Bhd (Padini) dan anak syarikatnya yang berkaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan.  

Jonassen Mahu Malaysia Bermula Garang Di Horsens

Daripada Amiril Muttaqien Meketar

HORSENS (Denmark), 24 April (Bernama) -- Barisan kejurulatihan negara membawa mesej jelas bahawa Malaysia akan memulakan kempen Final Piala Thomas dan Piala Uber 2026 di sini dengan kuat, kekal tenang dan hadapi tekanan dengan yakin.

Unit Petra Energy Raih Kontrak Operasi Medan Minyak Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 24 April  (Bernama) -- Petra Energy Bhd (PEB), melalui anak syarikat milik penuhnya, Petra Energy Development Sdn Bhd (PEDSB), meraih kontrak perkhidmatan pengurusan operasi medan daripada Vestigo Petroleum Sdn Bhd bagi kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) SK407 di Miri.

Kutipan Cukai Langsung LHDN Cecah RM203.9 Bilion Tahun Lepas - PM Anwar

CYBERJAYA, 24 April (Bernama) -- Kutipan cukai langsung oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mencecah RM203.991 bilion pada tahun lepas, buat julung kali melepasi paras RM200 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Affin Bank Jangka Kebangkitan Semula Kitaran Pelaburan Malaysia Pada Separuh Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 22 April  (Bernama) -- Malaysia dijangka mengalami kebangkitan semula dalam kitaran pelaburannya pada separuh kedua 2026, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh walaupun berlakunya konflik di Asia Barat, menurut Affin Bank Bhd.

Wartawan Bernama Terpilih Sertai Biasiswa Khazanah Wolfson Press Fellowship 2026

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Wartawan Perkhidmatan Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Zufazlin Baharuddin, telah terpilih menyertai Program Residensi Khazanah (KRP) Wolfson Press Fellowship 2026 anjuran Khazanah Nasional Bhd.

Prospek Ringgit Teguh, Dijangka Uji Semula Paras 3.88 Susulan Aliran Masuk Dana Kukuh

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Prospek ringgit kekal teguh, disokong oleh asas makroekonomi yang kukuh, dengan pasaran dijangka menguji semula ringgit pada paras 3.88 berbanding dolar AS, kata ahli ekonomi.

Genting Malaysia, AGIBOT Meterai MoU Perkasa Robotik AI Dalam Sektor Hospitaliti Dan Hiburan

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Genting Malaysia Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan AGIBOT Innovation (Shanghai) Technology Co Ltd bagi memperkasa penggunaan robotik kecerdasan buatan (AI) fizikal dalam sektor hospitaliti, hiburan dan rekreasi.

Ringgit Meningkat Semula Berbanding Dolar AS Menjelang Anggaran Awal KDNK Suku Pertama Esok

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2026 yang dijadualkan esok.

UNCLOS Teruji Selepas Malaysia Imbangi Perundangan Dengan Diplomasi Lalu Sekatan Selat Hormuz

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) – Keupayaan Malaysia berunding dengan Iran untuk mendapatkan laluan selamat bagi import minyak mentahnya melalui Selat Hormuz, bukan menunjukkan kegagalan dalam prinsip undang-undang maritim antarabangsa, sebaliknya mencerminkan realiti bahawa hak di bawah undang-undang sering memerlukan sokongan diplomatik, kata seorang pakar logistik.

Sunway Lantik Abdul Wahid Omar Sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Sunway Bhd (Sunway) melantik Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Bebas konglomerat itu berkuat kuasa serta-merta.