3bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd mengunjurkan defisit belanjawan sebanyak 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2026 dengan hasil kerajaan meningkat sebanyak empat peratus kepada RM353.3 bilion pada tahun yang sama.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kewangan Islam perlu memanfaatkan tiga pemacu penting terutama tindakan iklim, rangkuman digital dan inovasi Islam bagi mencapai matlamat yang lebih tinggi untuk Malaysia, Oman dan seluruh dunia, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) Datuk Mohammad Faiz Azmi.
4bulan ago
Oleh Wong Cheng Hau
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 40 peratus daripada 120,000 pekerjaan dalam sektor perkhidmatan perniagaan global (GBS) di Malaysia akan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk beralih kepada perkhidmatan bernilai tinggi.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyokong sasaran pertumbuhan eksport kasar negara pada kadar purata 5.8 peratus setahun, dengan matlamat mencapai RM2.09 trilion menjelang 2030.
5bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman & Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pegawai tertinggi syarikat perunding hartanah global membayangkan bahawa Pelabuhan Kuantan bakal muncul sebagai hab perdagangan dan logistik utama Malaysia, berikutan kedudukannya yang strategik dan memanfaatkan ketersambungannya menerusi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
5bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kejayaan Malaysia dalam rundingan untuk mengurangkan tarif balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksportnya kepada 19 peratus daripada 25 peratus disifatkan sebagai langkah strategik ke hadapan.
5bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, dipacu peningkatan sentimen pelabur berikutan penurunan tarif Amerika Syarikat (AS) dan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bermula 4 Ogos ini pada persidangan Parlimen.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Pelan Induk Pasaran Modal 4 (CMP4) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan datang bakal seiring dengan keutamaan semasa negara, termasuk Rancangan Malaysia Ke-13, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan inisiatif kerajaan yang lain.
5bulan ago
SUBANG JAYA, 24 Julai (Bernama) -- Dobot Malaysia Sdn Bhd menyasar meraih pendapatan sebanyak RM3 juta tahun ini susulan pengembangan operasinya di Malaysia.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Firma penyelidikan menyemak semula unjuran inflasi utama Malaysia bagi 2025 dengan menurunkannya kepada 1.5 peratus hingga 1.8 peratus.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia mencatat pertumbuhan lebih kukuh dalam separuh kedua 2025, disokong oleh pelaburan membabitkan pusat data memberangsangkan, pembangunan infrastruktur dan permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Knight Frank Malaysia.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Berikut adalah transkrip wawancara Bernama menerusi e-mel dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).