2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Rabu, didorong petunjuk daripada Wall Street yang tidak menentu apabila pelabur menilai perkembangan terkini berkaitan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia yang mencatatkan kenaikan awal ditutup rendah pada Selasa dipengaruhi jualan pada saat akhir dalam beberapa kaunter wajaran tinggi terpilih apabila pelabur menjadi lebih berhati-hati di tengah-tengah aliran penurunan serantau.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin dengan lebih rendah susulan aktiviti jualan ketara, terutamanya sektor kewangan, pengangkutan dan telekomunikasi selain kesan prestasi Wall Street yang suram.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah ketika tengah hari pada Rabu, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lemah berikutan aktiviti pengambilan untung, kata penganalisis.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki prestasi lemah Wall Street apabila pelabur kekal dengan sentimen berhati-hati berikutan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang berpanjangan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Selasa, susulan aktiviti pengambilan untung di kaunter berwajaran tinggi terpilih, didahului sektor penjagaan kesihatan dan pembinaan, sekali gus mempengaruhi sentimen pasaran, kata penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari ini berikutan momentum belian berterusan sepanjang sesi dagangan pagi, didorong oleh kaunter penjagaan kesihatan, produk perindustrian dan pengguna serta perkhidmatan, kata penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya apabila kekal dalam wilayah positif pada tengah hari ini, didorong oleh aktiviti belian dalam kebanyakan saham wajaran tinggi dan merentasi semua papan indeks, kecuali Indeks Tenaga.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki prestasi semalaman Wall Street walaupun awal urus niaganya tidak menentu ketika sebahagian besar peniaga mengetepikan kebimbangan mengenai kemungkinan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
3bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Negara di seluruh dunia perlu mengukuhkan kerjasama dan memperluas perkongsian perdagangan multilateral bagi menyokong globalisasi khususnya berikutan langkah Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif 100 peratus ke atas produk farmaseutikal bermula 1 Okt 2025.
3bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun semula daripada dagangan hambar pada sesi sebelumnya dan mengakhiri minggu ini dengan ditutup kukuh disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah.
3bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kekal di zon positif pada tengah hari ini, dipacu oleh aktiviti pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.