Terdapat 1816 berita berdasarkan kata kunci carian " rakyat"

Bekalan Petroleum Negara Kekal Stabil, Kerajaan Siap Sedia Pelan Kontigensi - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bekalan petroleum negara kekal stabil dan mencukupi, manakala kerajaan telah bersiap sedia dengan pelan kontigensi bagi memastikan kelangsungan bekalan dalam apa jua keadaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Petronas Bantu Kerajaan Sedia Bekalan Minyak, Gas Sehingga Mei - PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Perancangan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membantu kerajaan dalam menyediakan bekalan minyak dan gas yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bank Rakyat Perkukuh Keselamatan Siber Selepas Kena Denda RM1 Juta

KUALA LUMPUR, 1April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) terus menambahbaik infrastruktur teknologinya, kawalan keselamatan siber, dan proses operasi bagi memperkukuh daya tahan sistem serta melindungi maklumat pelanggan. 

BNM Denda Bank Rakyat RM1 Juta Kerana Isu Keselamatan Siber, Gagal Lindungi Maklumat Pelanggan

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan pelanggaran perlindungan maklumat pelanggan dan keselamatan siber pada 20 Januari 2026. 

MACPMA, Perodua Sokong Pendirian MITI Selaras Pelaburan Automotif Dengan Objektif Negara

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) --  Persatuan Pengeluar Peralatan Komponen Automotif Malaysia (MACPMA) menyokong pendirian Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bahawa insentif pelaburan automotif serta lesen pembuatan perlu diselaraskan dengan objektif pembangunan negara.

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan Meskipun Berdepan Ketidaktentuan Global – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan global yang semakin meningkat, dengan kerajaan memperluaskan langkah-langkah "Pelan B" untuk memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar: Prestasi Ekonomi 2025 Bukti Dasar Kerajaan Berkesan

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama)-- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan ekonomi Malaysia yang positif merupakan cerminan kepada petanda bahawa dasar yang dilaksanakan kerajaan berada di landasan yang tepat. 

Kerajaan Terus Pantau Rapi, Lindungi Rakyat Serta Urus Ekonomi Negara Secara Proaktif

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan terus memantau rapi dan berusaha supaya dapat melindungi rakyat di samping mengurus ekonomi negara secara proaktif, menyeluruh dan teratur, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Kerajaan MADANI Bertindak Proaktif Berasaskan Data, Realiti Semasa Hadapi Krisis Tenaga Global

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan terus bertindak secara proaktif berlandaskan data dan realiti semasa, termasuk mendapatkan pandangan pihak industri serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dalam menghadapi krisis tenaga global.

BNM: Transaksi E-Pembayaran Meningkat Sebanyak 25 Peratus Kepada 18.4 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Transaksi e-pembayaran meningkat sebanyak 25 peratus kepada 18.4 bilion pada 2025 berbanding 14.7 bilion yang direkodkan semasa 2024, dengan setiap rakyat Malaysia membuat 538 e-pembayaran pada 2025, peningkatan sebanyak 25 peratus daripada 432 pada 2024.

BNM Perkukuh Pengantaraan Berasaskan Nilai, Pacu Kemajuan Kewangan Islam Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) berhasrat memperkukuh keupayaan strategi Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) yang merangkumi agenda kelestarian dan iklim dalam sistem kewangan Islam pada tahun ini.

Sistem Kewangan Yang Progresif Dan Inklusif Jadi Keutamaan BNM Pada 2026

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) – Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan beberapa keutamaan untuk  tahun 2026 dalam usaha membina sistem kewangan yang inklusif dan progresif.