Terdapat 62 berita berdasarkan kata kunci carian " saham baharu"

Southern Steel Jual 55 Peratus Pegangan Dalam SSM Pada Harga RM61.05 Juta

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) --  Southern Steel Bhd (SSB) bersetuju untuk menjual 55 peratus kepentingannya dalam anak syarikat milik penuhnya, Southern Steel Mesh Sdn Bhd (SSM) kepada syarikat berpangkalan di Singapura, BRC Asia Ltd, dengan harga tunai RM61.05 juta.

IPO WTEC Yang Bakal Disenarai Pasaran ACE Terlebih Langganan Sebanyak 1.61 Kali

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Tawaran Awam Permulaan (IPO) WTEC Group Bhd terlebih langganan sebanyak 1.61 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 29 April 2025.

MSB Global Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE, Tarif AS Beri Impak Minimum

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- MSB Global Group Bhd berkata tarif Amerika Syarikat (AS) akan memberi kesan minimum kepada operasi perniagaan syarikat berikutan rantaian bekalan dan tumpuan pasaran syarikat itu masih tertumpu terutamanya di Asia.

Fibromat Sasar Raih RM17.8 Juta Hasil IPO Di Pasaran ACE

PETALING JAYA, 11 April (Bernama) -- Fibromat (M) Bhd, yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM17.8 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).

Reach Ten Bakal Raih RM104 Juta Daripada IPO Bagi Tingkat Infrastruktur Telekomunikasi

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Penyedia telekomunikasi berpangkalan di Sarawak Reach Ten Holdings Bhd (Reach Ten) menyasarkan untuk meraih RM104 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang rancangan penyenaraiannya di Pasaran Utama pada 2 Mei, 2025.

Penampilan Sulung SumiSaujana Di Pasaran ACE Bermula Lemah Susulan Konflik Tarif

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- SumiSaujana Group Bhd (SumiSaujana) membuat penampilan sulung yang hambar di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, di tengah-tengah ketidaktentuan berterusan pasaran global susulan konflik tarif yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS).

HI Mobility Optimistik Kontrak Bas Percuma Johor Akan Dilanjutkan

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- HI Mobility Bhd (HI Mobility) optimistik bahawa kontrak syarikat itu dalam initiatif Bas Muafakat Johor (BMJ) yang tamat pada akhir bulan ini akan dilanjutkan. 

Malaysia Airports Pekukuhkan Ketersambungan Antarbangsa Melalui Laluan Baharu

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengukuhkan ketersambungan antarabangsa dengan memperkenalkkan laluan penerbangan baharu pada Februari 2025.

IPO : PEOPLElogy Meterai Perjanjian Taja Jamin Dengan Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- PEOPLElogy Bhd telah memeterai perjanjian taja jamin dengan Kenanga Investment Bank Bhd bagi tawaran awam permulaan (IPO) bersempena penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

KLIA Antara 10 Lapangan Terbang Terbaik Dunia Dengan Skor Hampir Sempurna

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah disenaraikan antara 10 lapangan terbang terbaik di dunia dalam tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) 2024 untuk lapangan terbang yang mengendalikan lebih 40 juta penumpang setiap tahun.

Pertama Digital Peroleh 80 Peratus Kepentingan dalam D-Ron Pada Harga RM105.65 Juta

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pertama Digital Bhd akan memperoleh 80 peratus kepentingan ekuiti dalam kedua-dua D-Ron Singapore Ltd dan D-Ron Malaysia Sdn Bhd pada harga RM105.65 juta.

SumiSaujana Sasar Kumpul RM74.4 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pengeluar bahan kimia khusus minyak dan gas (O&G) yang bakal disenaraikan di Pasaran  ACE, SumiSaujana Group Bhd mahu mengumpulkan RM74.4 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).