BERITA TERKINI   Kementerian Kewangan teroka pelbagai kaedah untuk lebih banyak syarikat berkaitan semikonduktor disenaraikan - Liew Chin Tong | Malaysia dan Tamil Nadu mempunyai hubungan erat, PM Anwar teruja untuk bekerjasama dengan KM Vijay | Anwar ucap tahniah kepada Vijay atas pelantikan sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu | Anwar ucap tahniah kepada Vijay selepas dilantik sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu | Bot Karam di Pulau Pangkor: 23 pendatang Indonesia selamat, 14 masih hilang, SAR diteruskan - Pengarah Maritim Perak | 

Terdapat 5216 berita berdasarkan kata kunci carian " sec"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Didorong Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan lima hari berturut-turut untuk ditutup rendah pada Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung, seiring prestasi lemah pasaran global apabila perkembangan ketenteraan baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menjejaskan selera risiko pelabur, kata penganalisis.

Lestari Cooling Energy Mulakan Platform, Labur RM23 Juta Dalam Lapan Tapak KIPMall

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Usahasama KJTS Group Bhd, Lestari Cooling Energy Sdn Bhd, telah mengaktifkan platform operasinya melalui pelaburan sulungnya dalam aset operasi milik KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT).

Malaysia Sasar Bangunkan Pembungkusan Termaju Semikonduktor Dua Tahun Lagi - Chang

BATU KAWAN, 8 Mei (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk membangunkan keupayaan sendiri dalam industri pembungkusan termaju semikonduktor dalam tempoh dua tahun lagi menerusi penubuhan Konsortium Pembungkusan Termaju Malaysia (MAPC), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang.

Bank-Bank Diunjur Raih Pendapatan Kukuh, Tekanan Peminjam Terus Ketara -- MBSB IB

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Sektor perbankan dijangka mencatat prestasi suku pertama tahun kewangan 2026 yang lebih kukuh walaupun dalam senario krisis Asia Barat manakala tekanan kos boleh mendorong kepada langkah bantuan ekonomi serta penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Bursa Malaysia Catat Penurunan Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum penurunan pada tengah hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lemah apabila sentimen terjejas oleh perkembangan baharu berkaitan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran.

Teknologi Kembar Digital, Pembuatan Pintar Elemen Penting Perkukuh Ekosistem Perindustrian Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Teknologi kembar digital dan pembuatan pintar menjadi elemen yang semakin penting dalam memperkukuh ekosistem perindustrian Malaysia, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan Walaupun Berdepan Risiko Asia Barat, Kata Gabenor BNM

Oleh M. Saraswathi & Karina Imran

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan walaupun risiko meningkat berikutan konflik Asia Barat yang berterusan disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, aktiviti pelaburan yang kekal aktif dan eksport yang utuh dipacu perkembangan pesat sektor teknologi dan kecerdasan buatan (AI) pada peringkat global.

Penyelesaian Bersasar Lebih Berkesan Atasi Kejutan Bekalan, Bukan Dasar Monetari - BNM

Oleh M. Saraswathi & Karina Imran

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Dasar monetari pada asasnya adalah instrumen pengurusan permintaan justeru secara amnya kurang sesuai dalam mengatasi kejutan yang didorong penawaran seperti kenaikan harga bahan api dan komoditi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Bantuan Bersasar Disediakan Untuk Perniagaan Terjejas Oleh Kenaikan Kos - BNM

Oleh M. Saraswathi & Karina Imran

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bantuan telah tersedia untuk perniagaan yang terjejas oleh konflik di Asia Barat, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat apabila aktiviti belian diselang-seli dengan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan perkembangan geopolitik yang tidak menentu.

Malaysia Sasar Jadi Peneraju Pembungkusan Termaju Seiring AI Ubah Industri Cip Global

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Malaysia sedang berusaha untuk beralih daripada menjadi peneraju dalam pemasangan, pengujian dan pembungkusan (ATP) kepada peneraju dalam pembungkusan termaju seiring kecerdasan buatan (AI) yang membentuk semula industri semikonduktor global.

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada Paras Semasa Sepanjang Baki Tempoh 2026

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Keputusan mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dikekalkan pada paras semasa 2.75 peratus pada Khamis mengukuhkan jangkaan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin menetapkan kadar tersebut tidak berubah bagi sepanjang baki tempoh 2026.