9hari ago
JOHOR BAHRU, 1 Mei (Bernama) -- Aspek pendigitalan dan automasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) merupakan antara lima bidang tumpuan utama Pelan Strategik Perniagaan (BSP) 2022-2030 SME Corporation Malaysia (SME Corp) bagi mempercepat penggunaan teknologi digital serta meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah yang perlu dalam berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan pinjaman 2026 pada 5.0 peratus hingga 5.5 peratus, disokong oleh permintaan isi rumah dan pasaran buruh yang stabil.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) bagi suku kedua berakhir 31 Mac, 2026 kepada RM96.27 juta berbanding RM140.33 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- PT Bank CIMB Niaga Tbk mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 2.3 trilion rupiah bagi suku pertama 2026, bersamaan pendapatan sesaham 70.20 rupiah (RM1 = 4,366 rupiah).
10hari ago
KANGAR, 30 April (Bernama) -- MBSB Bank Bhd bertindak mengukuhkan jejaknya di wilayah utara Malaysia menerusi pembukaan semula cawangan di Kangar, Perlis dan Kulim di Kedah.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Industri perbankan menggesa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas dengan konflik Asia Barat yang berterusan agar menghubungi bank masing-masing pada peringkat awal bagi meneroka jalan penyelesaian yang bersesuaian, termasuk bantuan pembayaran balik, penstrukturan semula dan sokongan modal kerja.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Shopee melancarkan inisiatif Shopee Lindung Niaga bernilai RM150 juta bagi memperkukuh daya tahan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia melalui sokongan menyeluruh melibatkan penghantaran, modal kerja serta pemenuhan pesanan.
11hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Langkah Emiriah Arab Bersatu (UAE) keluar daripada daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu OPEC+, dijangka tidak menjejaskan pakatan itu dalam masa terdekat.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi, disokong jangkaan pendapatan yang stabil pada 2026 merentas sektor perbankan, utiliti, tenaga dan penjagaan kesihatan, di samping mudah tunai domestik yang kukuh serta persekitaran makroekonomi yang menyokong.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), berjaya melaksanakan penetapan harga bagi sukuk ditokenkan pertama di Malaysia dengan nilai nominal RM100 juta.
12hari ago
PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) -- Usaha memperluas akses kredit yang lebih inklusif kepada usahawan baharu dan peminjam kali pertama menjadi tumpuan utama dalam pertemuan antara Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong dan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour hari ini.