22hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan kenaikan hari ini selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus dalam suku kedua 2025 (S2 2025), bersamaan 4.4 peratus pertumbuhan pada separuh pertama 2025, kata seorang penganalisis.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025 bersamaan pertumbuhan 4.4 peratus pada separuh pertama 2025, didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh.
23hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Peningkatan pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada separuh pertama 2025 dijangka menghasilkan pembayaran dividen lebih tinggi tahun ini, manakala kenaikan berterusan dalam pasaran ekuiti global akan melonjakkan lagi prestasi suku ketiga, kata ahli ekonomi.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM38.92 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2025, meningkat 3.0 peratus berbanding RM37.90 bilion dalam tempoh yang sama pada 2024.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih MR DIY Group (M) Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 meningkat kepada RM158.58 juta daripada RM155.21 juta pada suku yang sama tahun lalu.
25hari ago
SINGAPURA, 12 Ogos (Bernama) -- Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2025 kepada antara 1.5 hingga 2.5 peratus untuk mencerminkan prestasi ekonomi negara yang lebih baik berbanding jangkaan pada separuh pertama 2025.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia (SME Bank) telah memperkasakan seramai 5,735 usahawan pada separuh pertama 2025, peningkatan 158 peratus berbanding 2,225 usahawan dalam tempoh yang sama pada 2024.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh sebanyak 12.9 peratus pada suku kedua 2025 dengan nilai kerja-kerja mencecah RM43.9 bilion pada tempoh sama, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Agensi pelaburan utama untuk Greater Kuala Lumpur (KL), InvestKL meraih pelaburan komited bernilai RM2.8 bilion pada separuh pertama 2025, menubuhkan lima hab serantau baharu di kawasan tersebut dan mewujudkan 1,197 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Penggunaan kemudahan ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) masih terkawal, namun langkah pengawalseliaan sedang dipertingkatkan menerusi Akta Kredit Pengguna (AKP) 2025 untuk melindungi pengguna.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama pada Khamis, menjelang pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dijadualkan pada tengah hari ini, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- PT Bank CIMB Niaga Tbk telah melaporkan keuntungan sebelum cukai disatukan yang belum diaudit sebanyak IDR4.4 trilion bagi separuh pertama 2025 berakhir pada 30 Jun, 2025 (S12025), yang diterjemahkan kepada pendapatan sesaham sebanyak IDR137.43.