1hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) kekal optimis terhadap sektor pembinaan, disokong oleh permintaan berterusan untuk pusat-pusat data dan komitmen perbelanjaan modal yang berterusan daripada firma teknologi global sehingga 2026.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Peningkatan kos import petroleum dan gangguan logistik global ekoran konflik Asia Barat yang mengancam kadar inflasi serta kestabilan fiskal jangka panjang negara menjadi peringatan bagi Malaysia untuk memperkukuh kedaulatan tenaga melalui kepelbagaian sumber tempatan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa, namun mengukuh berbanding mata wang utama lain, ketika sentimen pasaran kekal berhati-hati menjelang tarikh akhir yang ditetapkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkaitan pembukaan semula Selat Hormuz.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Reneuco Bhd berdepan risiko penggantungan dan seterusnya penyahsenaraian selepas Bursa Malaysia Securities Bhd menolak permohonan lanjutan masa bagi syarikat itu mengemukakan pelan regularisasinya.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Ketidaktentuan di Asia Barat telah mengukuhkan keperluan untuk Malaysia mengekalkan trafik internet tempatan di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap daya tahan sambungan antarabangsa dan risiko gangguan luaran terhadap infrastruktur digital yang kritikal, kata Pengerusi Malaysia Internet Exchange (MyIX), Chiew Kok Hin.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Tawaran pengambilalihan Sunway Bhd ke atas IJM Corporation Bhd luput selepas gagal memenuhi syarat meraih lebih 50 peratus daripada saham undian, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Weststar Group tidak terjejas dengan konflik Asia Barat kerana telah keluar daripada operasi pengangkutan luar pesisir di rantau itu sejak akhir tahun lepas.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada akhir dagangan Isnin, menjejaki kenaikan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).
2hari ago
GEORGE TOWN, 6 April (Bernama) -- Advantech Co Ltd, peneraju global dalam kecerdasan buatan (AI) industri dan penyelesaian Edge memeterai tiga memorandum persefahaman (MoU) bagi mempercepat inovasi dan pelaksanaan penyelesaian AI di seluruh rantau ASEAN.
2hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga petang Isnin dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sentimen optimis mengenai kemungkinan gencatan senjata Asia Barat terus memulihkan minat terhadap risiko.
2hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Tinjauan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mendapati 90 peratus daripada lebih 200 responden menjangkakan gangguan rantaian bekalan dalam tempoh dua minggu akan datang disebabkan konflik Asia Barat.
2hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan niaga hadapan getah serantau pada penutup dagangan, kata peniaga.