Terdapat 412 berita berdasarkan kata kunci carian " tarif as"

RHB IB Kekal Berhati-hati Terhadap Prospek Sektor Pembuatan Di Sebalik Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) kekal berhati-hati terhadap prospek sektor pembuatan Malaysia di sebalik ketidaktentuan perdagangan global dan tarif yang berterusan.

Finland Intai Lebih Banyak Peluang Perniagaan Di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Finland sedang mengintai lebih banyak peluang perniagaan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), menunjukkan minatnya yang semakin meningkat untuk berkembang di Malaysia.

Fitch Naikkan Unjuran Pertumbuhan Dunia, Beri Amaran Ekonomi AS Kian Perlahan

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Fitch Ratings menyemak naik unjuran pertumbuhan global bagi 2025 kepada 2.4 peratus daripada 2.2 peratus sebelum ini susulan data suku kedua lebih kukuh berbanding jangkaan awal.

Kerajaan Rangka Strategi Pastikan Impak Tarif AS Tidak Jejas Pelaburan Langsung Asing - MITI

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kerajaan telah merangka strategi bagi memastikan impak tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia tidak menjejaskan pelaburan langsung asing, sekali gus mengurangkan impak terhadap ekonomi negara, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Ahli Ekonomi AmBank Unjur Ringgit Cecah 4.27 Menjelang Akhir 2025

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Nilai ringgit diunjur mencecah paras 4.27 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025 susulan peningkatan kecil pengukuhan mata wang negara maju itu selain pengurangan sokongan daripada akaun dagangan Malaysia.

AS Belum Perinci Pelaksanaan Aktiviti Pindah Kapal – MITI

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Aktiviti transhipment atau pindah kapal masih belum diperjelaskan sepenuhnya dari segi pelaksanaan penguatkuasaan berikutan Amerika Syarikat (AS) belum menggariskan secara terperinci kategori aktiviti itu, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Tidak Wujud Tekanan Terhadap MAS Untuk Beli 30 Buah Pesawat Boeing - MITI

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan tidak wujud tekanan terhadap Malaysia Airlines (MAS) untuk membeli 30 buah pesawat Boeing sebagai syarat untuk mendapatkan pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS) daripada 25 peratus kepada 19 peratus.

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Rendah, Jejaki Pasaran Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh prestasi lemah dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Malaysia Terus Menonjol Sebagai Destinasi Pilihan Bagi Operasi Serantau Pelbagai Industri

Oleh Nor Baizura Basri

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Malaysia terus menonjol sebagai destinasi pilihan dengan kedudukan strategiknya yang menyediakan peluang untuk menubuhkan dan mengembangkan operasi serantau bagi pelbagai sektor industri, kata sebuah firma perunding.

Pasaran Getah Malaysia, Serantau Ditutup Rendah Susulan Perluasan Tarif AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini sejajar dengan rakan serantaunya berikutan pengumuman tarif terbaharu Amerika Syarikat, kata seorang peniaga. 

Jualan Merdeka Dijangka Pacu Pertumbuhan TIV Automotif Ogos 2025

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia bagi Ogos 2025 dijangka kukuh berbanding Julai, dipacu oleh jualan agresif sempena sambutan Merdeka.

Ringgit Kekal Stabil Berbanding Dolar AS, Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Ringgit kekal stabil berbanding dolar AS dan turut ditutup tinggi berbanding mata wang utama lain pada Selasa disokong oleh prestasi perdagangan Malaysia yang kembali mencatatkan pertumbuhan positif pada Julai.