1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan meningkat 2.4 peratus tahun ke tahun kepada RM158.7 bilion pada Mei 2025 berbanding dengan 4.7 peratus pada April, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank) akan menurunkan Kadar Asas Standard (SBR), Kadar Pinjaman Asas/Kadar Pembiayaan Asas (BLR/BFR) dan Kadar Asas (BR) berkuat kuasa 14 Julai, 2025.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan saranan "Neutral" terhadap sektor minyak sawit dengan harga sasaran minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,100 satu tan pada 2025.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih tinggi, menjejaki sentimen pasaran serantau yang positif ketika pelabur memantau pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS) dan rundingan lanjut Malaysia bagi mendapatkan terma perdagangan yang lebih adil.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Agensi penarafan Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus pada 2025 daripada 5.1 peratus pada 2024 ketika ketidaktentuan perdagangan luar terus menjejaskan momentun eksport.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (SMCCI) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Maybank Singapore Ltd bagi memperkukuh inisiatif berfokus halal serta menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di kedua-dua negara.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada 2025, menurut BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions.
1hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- ASEAN harus menuntut akses pasaran timbal balik daripada rakan dagangan utama seperti Kesatuan Eropah (EU) dan China terutamanya dalam sektor seperti minyak sawit, produk halal dan mineral bateri kenderaan elektrik (EV) untuk menjaga kestabilan perdagangan serantaunya dalam persekitaran peningkatan dasar perlindungan global, kata seorang penganalisis.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya rendah hari ini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya pada Jumaat dalam situasi trend pasaran serantau bercampur-campur dan kekurangan pemangkin baharu, kata penganalisis.
1hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat, disokong oleh Indeks Dolar (DXY) Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dan petunjuk bercampur-campur daripada Rizab Persekutuan (Fed) AS.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) sedang giat mengadakan rundingan dengan beberapa negara semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) bagi mendorong kemajuan selanjutnya mengenai tarif timbal balik AS.