BERITA TERKINI   Sistem sekolah pondok perlu dilengkapi dengan tuntutan semasa seperti AI, TVET agar pelajar dapat pendedahan lebih baik - PM Anwar | 

Terdapat 6861 berita berdasarkan kata kunci carian "at"

MIMOS Lantik Saat Shukri Sebagai Presiden, CEO Kumpulan Baharu

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- MIMOS Bhd (MIMOS) telah melantik Saat Shukri Embong sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuat kuasa 14 Julai, 2025.

KDNK Suku Kedua Malaysia Dianggarkan Berkembang 4.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 4.5 peratus pada suku kedua 2025 berdasarkan anggaran awal, mengatasi peningkatan sebanyak 4.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Jumlah Dagangan Malaysia Naik 4.8 Peratus Kepada RM1.465 Trilion Pada Separuh Pertama 2025 - MITI

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2025, meningkat 4.8 peratus kepada RM1.465 trilion berbanding tempoh yang sama pada 2024, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Dipacu Aktiviti Pembelian Saham Wajaran Tinggi Terpilih

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada sesi tengah hari, dipacu oleh aktiviti pembelian berterusan dalam kaunter saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya sektor pembinaan, produk dan perkhidmatan perindustrian, dan kaunter perkhidmatan kewangan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang positif, didorong oleh data ekonomi yang lebih baik dan laporan pendapatan suku tahunan yang melebihi jangkaan pasaran.

Ringgit Mengukuh Susulan Jangkaan Penurunan Kadar Faedah Oleh Fed AS

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan peniaga mengelak mata wang itu susulan jangkaan yang meningkat terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Malaysia Sasar Jadi Hab Pembungkusan Canggih Semikonduktor - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Dana padanan berjumlah RM90 juta dalam bidang semikonduktor dilancarkan melalui Malaysia Sciene Endowment (MSE) bagi meletakkan negara sebagai hab global dalam bidang teknologi pembungkusan canggih yang kini hanya dikuasai segelintir negara seperti Taiwan.

Saliran Lantik CFO Yong Wai Kin Sebagai Pengarah Eksekutif

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Saliran Group Bhd melantik Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat, Yong Wai Kin sebagai Pengarah Eksekutif berkuat kuasa hari ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini disebabkan peniaga bersikap berhati-hati menjelang angka eksport utama dan pengeluaran yang akan dikeluarkan minggu depan.

Ramssol Sokong Anak Syarikat Alami Kerugian Untuk Raih Untung US$1 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ramssol Group Bhd menyatakan sokongan terhadap anak syarikatnya yang mengalami kerugian, Rider Gate Sdn Bhd, untuk mencatat keuntungan selepas cukai sekurang-kurangnya US$1 juta susulan pelupusan 40 peratus kepentingan kepada SAGTEC Global Ltd yang disenaraikan di NASDAQ.

Unit Sunway Peroleh Kontrak Pembangunan Kediaman Bernilai S$703.6 Juta Di Singapura

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar Singapura menganugerahkan tanah seluas 1.58 hektar di Chuan Grove, Singapura, kepada Sing Holdings Residential Pte Ltd (SHRPL) dan Sunway Developments Pte Ltd (SDPL) bagi cadangan projek pembangunan kediaman.