Terdapat 3989 berita berdasarkan kata kunci carian "bursa"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Dagangan Di COMEX

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan prestasi hambar yang dicatatkan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Pengambilan Untung Di Kaunter Berkaitan Minyak

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu apabila pelabur mengambil untung di kaunter berkaitan minyak selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan memutuskan untuk keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Seiring Prestasi Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai. 

Tindakan UAE Jejas Sentimen Pelabur, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan awal pagi Rabu dengan lebih rendah, menjejaki prestasi serantau ketika sentimen pelabur terjejas susulan laporan tindakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu OPEC+.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives hari ini, berbanding prestasi pasaran tunai.

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Seiring Prospek Pendapatan Stabil, Sokongan Makroekonomi

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi, disokong jangkaan pendapatan yang stabil pada 2026 merentas sektor perbankan, utiliti, tenaga dan penjagaan kesihatan, di samping mudah tunai domestik yang kukuh serta persekitaran makroekonomi yang menyokong.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur Walaupun Harga Minyak Mentah Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini walaupun harga minyak mentah meningkat, kata seorang peniaga.

Unit Avaland Beli Tanah Di Taman U-Thant Pada Harga RM86 Juta

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Avaland Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Nexus Advertising Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Tong Ah Company Sdn Bhd untuk mengambil alih tanah pegangan bebas di Taman U-Thant di sini pada harga RM86.04 juta.

Niaga Hadapan Emas Susut Seiring Kelemahan Pasaran COMEX AS

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, sejajar dengan prestasi lemah pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang stabil.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian Susulan Sentimen Tempatan Lebih Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat 0.71 peratus untuk ditutup pada paras tertinggi harian berikutan sentimen tempatan yang semakin baik serta pembelian terpilih dalam kaunter berkaitan indeks susulan penyusutan harga baru-baru ini.

Saham Industri, Utiliti Pacu Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, didorong oleh minat pelabur yang berterusan terhadap kaunter berkaitan pusat data terutamanya dalam sektor teknologi dan utiliti, susulan laporan pendapatan kukuh oleh penggiat semikonduktor Amerika Syarikat (AS).